FacebookInstagramTwitterContact

 

Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>           Strengthening Health Services Quality           >>           Appointment Letters Presentation           >>           Islamic Turkish Calligraphy Course           >>           Football Clinic with EPL Legends Players           >>           Official Luncheon           >>           Memorandums of Understanding Signing Ceremony           >>           Bilateral Meeting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peluang Belia Ceburi Bidang Keusahawanan, Tingkatkan Kemahiran


Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 31st, 2024  |  07:26 AM  |   4225 views

BSB

 

Peluang belia ceburi bidang keusahawanan, tingkatkan kemahiran

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan mengadakan Jualan Kuih-Muih Raya Belia 2024 bermula 29 Mac hingga 7 April 2024, mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.


 

Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran acara berkenaan diadakan hari ini yang disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga selaku Ketua Kampung Sengkarai Tutong, selaku tetamu kehormat majlis.

 

 

Majlis dimulakan dengan memotong reben oleh tetamu kehormat majlis, dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.


 

Tetamu kehormat majlis seterusnya dibawa melawat ke petak-petak jualan yang ada.

 

 

Jualan Kuih-Muih Raya Belia 2024 berkenaan merupakan salah satu program keusahawanan yang diadakan dalam bulan Ramadan bagi persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

 

Antara objektif jualan berkenaan ialah bagi memberi peluang kepada belia dan masyarakat di negara ini menceburi bidang keusahawanan dan meningkatkan kemahiran serta menjana ekonomi masing-masing.


 

Di samping itu, bagi membantu dalam mempromosikan produk yang mereka usahakan untuk mencari pelanggan tetap.


 

Pada edisi kali ini, lebih 30 petak telah disediakan bagi peniaga tempatan menyertai jualan berkenaan dan telah dilaratkan lagi dengan penjualan pelbagai produk kuih-muih serta produk barangan yang lain.


 

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi dan membeli-belah produk kuih-muih dan barangan yang ada di jualan berkenaan sebagai tanda sokongan kepada produk tempatan serta membantu para peniaga memperoleh pendapatan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-30 00:23:36