FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sumbangan Lebih 40 Tahun Dalam PPNBD Dihargai


PENERIMA Brunei International Friendship Award ialah Chairman of Asia-Pacific Regional Scout Committee, World Scout Bureau Asia-Pacific Support Centre, Encik Ahmad Rusdi

 


 December 13th, 2018  |  08:54 AM  |   342 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penerima Anugerah Bintang Jasa Cemerlang Kelas I – Emas, Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali berkata, sebanyak empat kategori dikriteriakan bagi penerima anugerah tersebut.

 

Anugerah Bintang Jasa Cemerlang Kelas I – Emas diberikan kepada Head of State atau Head of Government, Chief Minister yang banyak terlibat dalam pergerakan National Scout Organization (NSO) khususnya sama ada dalam mahupun luar negara.

 

Ketua Pesuruhjaya Persekutuan PPNBD menjelaskan perkara itu dalam temu bual bersama Pelita Brunei pada Majlis Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama 2018 yang diadakan di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan hari ini.

 

Jelasnya antara kriteria lain dalam kategori kedua anugerah tersebut boleh dianugerahkan kepada Presiden atau Chief Scout of The Association, sementara kategori ketiga ialah dianugerahkan kepada Presiden of The NSO atau Chief Scout, Chairman of The Scout Association ataupun Non-Scout International Regional Organization yang banyak terlibat dalam pergerakan pengakap sama ada dalam ataupun luar negara.

 

Manakala dalam kategori keempat, tambahnya ialah ahli-ahli persatuan dan individu yang banyak menyumbang kepada perkembangan dan juga terlibat dalam pergerakan pengakap, dan bagi mereka ini hendaklah terlabih dahulu menerima pingat Bintang Jasa Cemerlang Kelas II – Perak sekurang-kurangnya lima tahun yang lalu.

 

Menjawab mengenai komitmen yang akan digalas sebagai salah seorang penerima anugerah Kelas I ini, beliau menjelaskan para penerima bintang ini akan sentiasa meneruskan usaha mengembangkan dan juga membantu pergerakan pengakap untuk terus berkhidmat dan juga hidup dalam sebuah negara itu dengan penuh komitmen.

 

Bagi penganugerahan kali ini, beliau merasa amat berbesar hati kerana ianya merupakan satu sejarah bagi diri beliau sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya dan juga ahli PPNBD kerana sumbangan selama lebih dari 40 tahun itu telah dihargai dan diambil kira oleh pihak-pihak berkenaan.

 

Sementara menurut Chairman of Asia-Pacific Regional Scout Committee, World Scout Bureau Asia-Pacific Support Centre, Encik Ahmad Rusdi, salah seorang penerima Anugerah Persahabatan Antarabangsa PPNBD, beliau sangat menghargai dan berasa bangga kerana Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah dalam Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama 2018 (1st ASEAN Rover Moot) dengan jayanya.

 

Ianya dapat mencerminkan ikatan dan jalinan masyarakat ASEAN terutama dalam kalangan belia yang sangat kuat dan mantap lebih-lebih lagi menekankan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, 'team building' dan sebagainya yang dapat membantu ASEAN membincangkan tentang bagaimana untuk membangunkan aktiviti belia menerusi kegiatan pengakap.

 

Tambahnya, pengakap (scouting) akan sentiasa berkembang dari generasi ke generasi, dari itu beliau berharap melalui perhimpunan ini, ianya dapat membuahkan hasil yang bermanfaat dalam menekankan serta dapat mempromosi sosio-budaya, kesefahaman, kerjasama serta komitmen dari kalangan para peserta dengan menerima respon-respon yang positif yang boleh digunapakai oleh para peserta perhimpunan dan bagi melahirkan generasi muda yang mapan.

 

Manakala Pengurus Projek Penanaman Pokok, PPNBD, Awang Haji Othman bin Durani, salah seorang penerima Anugerah Bintang Jasa Cemerlang Kelas II – Perak (2nd Class Meritorius Award – Silver) menjelaskan pada tahun 2008, PPNBD pernah mengendalikan Perhimpunan Pengakap Kelana Negara Brunei Darussalam kali pertama yang turut disertai oleh beberapa buah negara jiran yang juga bersempena 75 tahun Pergerakan Pengakap Brunei Darussalam.

 

"Dalam program itu jelas beliau, antara aktiviti utama mereka ialah menanam pokok sebanyak 400 pokok antaranya seperti Pokok Kapur, Semala, dan Tolong dan sejak itu apabila kami mendapati bahawa program tersebut telah menghasilkan usaha yang berbaloi dan maka itu sehingga tahun kini kami akan terus mengusahakan menanam pelbagai jenis pokok sebagai sumbangan kami kepada dunia, lebih-lebih lagi ketika ini dunia sendiri mengalami kecederaan dari segi iklim," ujarnya.

 

Beliau menambah, PPNBD akan meneruskan usaha seumpamanya walaupun sudah 10 tahun pokok-pokok tersebut ditanam dan kini sudah pun besar, dari itu beliau turut mengalu-alukan untuk datang menyaksikan pokok-pokok berkenaan pada 16 Disember nanti bagi program penanaman pokok di Tapak Penanaman Pokok di Kampung Sungai Mau, Daerah Belait.

 

Dengan usaha tersebut terangnya lagi, merupakan satu sumber pendidikan alam sekitar bagi PPNBD untuk disumbangkan kepada bangsa dan negara dan bagi pendidikan anak-anak muda di masa kini dan masa akan datang, dan akan terus mengaturkan pelbagai program kecintaan alam sekitar bagi generasi muda belia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47