FacebookInstagramTwitterContact

 

Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Resepsi Raikan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Qatar


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri, bersama Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Qatar, Tuan Abdulla Majed Al-Jassim dan wakil-wakil dari Gulf Cooperation Council (GCC).

 


 December 11th, 2018  |  07:23 AM  |   384 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kedutaan Qatar di Negara Brunei Darussalam meraikan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Qatar pada Majlis Resepsi yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

 

Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri, Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi.

 

Majlis dimulakan dengan Lagu Kebangsaan Allah Peliharakan Sultan diikuti dengan Lagu Kebangsaan Qatar dan diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari jemputan, Awang Mohamad bin Ali.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin seterusnya dijunjung bagi memotong kek sempena Hari Kebangsaan Qatar bersama Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Qatar, Tuan Abdulla Majed Al-Jassim; Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Kesultanan Oman, Tuan Mahmood Khamis Mohamed Al-Hinai dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Kuwait, Tuan Ali Al-Astad selaku wakil-wakil dari Gulf Cooperation Council (GCC).

 

Hubungan diplomatik Negara Brunei Darussalam dan Qatar telah mencapai kemajuan besar dalam hubungan dua hala yang diperkukuhkan dengan beberapa persetujuan dan memorandum persefahaman bagi menguatkan dan mengembangkan lagi kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang.

 

Qatar menyambut Hari Kebangsaannya setiap 18 Disember dan Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Kebangsaan Qatar memilih 'As long as it was proven by our deeds', iaitu ayat yang dipetik dari salah sebuah puisi karya Pengasas Qatar, Sheikh Jassim bin Mohammed Al-Thani sebagai moto sambutan pada tahun ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48