Home > Bahasa Melayu
Menteri Di JPM Terima Kunjungan Muhibah
Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun
April 21st, 2018 | 15:56 PM | 479 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud menerima tiga kunjungan muhibah secara berasingan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, TYT Cho Won Myung.
Kunjungan muhibah pertama, Yang Berhormat Menteri di JPM dan TYT Mehmet Suat Akgun berbincang mengenai kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk dalam bidang keselamatan, teknologi dan perekonomian.
Sementara itu, dalam dua kunjungan muhibah yang lain, Yang Berhormat Menteri di JPM berbincang secara berasingan bersama PYT Yang Jian dan TYT Cho Won Myung mengenai kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu termasuk dalam bidang keselamatan, teknologi, pembangunan dan perekonomian.
Negara Brunei Darussalam telah menjalinkan hubungan dua hala dengan Republik Turki dan Republik Korea masing-masing pada tahun 1984, manakala hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China telah dijalin pada tahun 1991.
Perjumpaan-perjumpaan tersebut berlangsung di Pejabat Menteri di JPM, Bangunan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu, 18 April lalu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]