FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Haji Muhammad Nazirulariffin, Amal Afiqah Johan Membaca Al-Quran Kementerian Kewangan


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa menyampaikan hadiah dan sijil kepada johan qari, Awang Haji Muhammad Nazirulari

 


 January 19th, 2018  |  09:31 AM  |   1784 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Awang Haji Muhammad Nazirulariffin bin Haji Muhammad Zaini dan Dayang Amal Afiqah binti Ali masing-masing muncul johan qari dan qariah Pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran bagi Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi.

 

Kedua-dua johan tersebut adalah dari Kementerian Kewangan manakala naib johan Kategori Qari disandang oleh Awang Haji Mohd Basren bin Haji Bintang dari Agensi Pelaburan Brunei diikuti tempat ketiga ialah Awang Haji Abdul Razak bin Haji Mohd Hassan yang juga dari Agensi Pelaburan Brunei.

 

Sementara itu, naib johan Kategori Qariah disandang oleh Dayang Farah Dibba binti Abu Kassim dari Tabung Amanah Pekerja diikuti tempat ketiga ialah Dayang Khairul Bariah binti Ahmad dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan pada majlis yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah; Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Seramai enam qari dan enam qariah ikut serta dalam pertandingan tahun ini yang merupakan anjuran Agensi Pelaburan Brunei.

 

Majlis seumpama ini adalah salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk menggalakkan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran di samping untuk mengetengahkan bakat-bakat dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07