Home > Bahasa Melayu
Jaga aurat berswafoto
PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dalam sesi bergambar ramai bersama para jemaah setelah mengikuti Tazkirah Subuh bertajuk 'Swafoto Satu Bonus'.
January 15th, 2018 | 11:58 AM | 1244 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kecanggihan teknologi dewasa kini banyak membantu dalam memudahkan urusan seharian seperti teknologi telefon bimbit yang dilengkapi dengan kamera, yang tidak hanya berkapasiti tinggi malah mudah alih yang memungkinkan ia dibawa ke sana sini.
Dengan terbit kecanggihan tersebut membolehkan para pengguna untuk merakamkan detik-detik istimewa dan penting bagi ristaan seperti gambar-gambar swafoto atau lebih dikenali dengan 'selfie'.
Dalam kita berswafoto beberapa perkara penting hendaklah sentiasa diingati baik dan buruknya, seperti menjaga aurat dan keaiban agar gambar-gambar berkenaan dapat dimanfaat sebaiknya dan bukan sebaliknya yang mendatangkan bencana dan perkara negatif.
Perkara tersebut merupakan antara perincian yang dikongsikan semasa Tazkirah Subuh 'Swafoto Satu Bonus' yang disampaikan oleh Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.
Antara yang hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Pemangku Setiausaha Tetap, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang dan Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Roslan bin Haji Taja'ah serta para pegawai dan kakitangan KHEU.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]