Home > Headline
Peraturan-Peraturan Asas Perlu Dipatuhi
Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Sahrizal Haji Said
March 4th, 2024 | 06:30 AM | 239 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titahnya juga menimbulkan persoalan akan kehilangan banyak barang belian yang tidak dapat dikesan keberadaannya.
“Bukankah ini boleh menimbulkan kecurigaan terutama mengenai prosedur-prosedur pembelian penyimpanan dan pengawasan harta benda kerajaan tersebut," soal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah pada Siri Keberangkatan Tidak Berjadual baginda ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini.
Sehubungan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menegaskan, peraturan-peraturan asas mesti diikut walaupun sekecil mana peraturan itu, misalnya dalam hal pembelian barang-barang keperluan pejabat adalah perlu untuk dipastikan barang yang akan dibeli itu masih relevan dan boleh digunakan.
Jika tidak lagi relevan titah baginda, maka jangan dibeli, jika dibeli juga menjadi satu pembaziran.
Selain itu tambah titah Kebawah DYMM, pembelian atau pinjaman barangan
keperluan pejabat juga perlu direkodkan dalam 'inventory' agar mudah dijejaki penggunaannya serta di mana keberadaannya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]