FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Pembaikan Dasar Wujudkan Ekosistem Kondusif


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

 


 January 2nd, 2024  |  13:35 PM  |   421 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah semasa menyentuh mengenai kepelbagaian ekonomi, sangat gembira atas perkembangan Sektor Bukan Minyak dan Gas yang sangat menggalakkan, yang meningkat sebanyak 5.3 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2023.

 

Ini tentu saja hasil usaha bersepadu kerajaan baginda dengan kerjasama sektor swasta dalam mempelbagaikan ekonomi negara. Usaha ini tidak boleh berhenti, malah digiatkan terus untuk mencapai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Perkara tersebut antara titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Perutusan bersempena Menyambut Tahun Baharu Masihi 2024, hari ini.

 

“Ke arah itu, Perkhidmatan Awam negara ini perlu terus meneliti dan melaksanakan pembaikan-pembaikan dasar dan peraturan, sebagai langkah memperkemaskan lagi sistem penyampaian perkhidmatan yang sedia ada, khasnya ke arah mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi pertumbuhan perniagaan dan pelaburan, di samping menekankan akauntabiliti para penjawat awam," titah baginda.

 

Dalam masa yang sama, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, penerapan nilai-nilai Islam dalam semua aspek urus tadbir, perlu terus dititikberatkan, selaras dengan langkah memelihara Maqasid Syariah bagi kelangsungan dan kestabilan negara.

 

“Kerajaan beta juga dalam beberapa bulan yang lalu telah melaksanakan dua inisiatif penting untuk kebajikan warga kerja dalam Sektor Perkhidmatan Awam dan swasta iaitu Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) dan gaji minima bagi sektor-sektor tertentu," titah baginda lagi.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah berharap inisiatif-inisiatif ini akan jadi pendorong untuk mereka memajukan diri, baik di sektor kerajaan mahupun swasta.

 

Berkaitan pendidikan pula, titah baginda, pelaksanaan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama dari Darjah Pra hingga Darjah III ke dalam Sistem Pendidikan Umum yang telah bermula bulan November lepas telah menimbulkan pelbagai persepsi dan reaksi.

 

“Beta berharap, semua pihak akan memahami bahawa rancangan ini adalah bertujuan untuk menjaga kesejahteraan para pelajar melalui keseimbangan suasana dan pembelajaran. Kerana itu, sokongan semua pihak khasnya ibu bapa adalah masih diperlukan bagi keberkesanan dan kesinambungan usaha ini," titah baginda.

 

Di sudut lain, titah baginda lagi, negara akan terus mengambil berat usaha-usaha di peringkat global berkaitan isu perubahan iklim. Sehubungan ini, pembentukan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BNCCP) dan pelantikan negara sebagai tuan rumah bagi Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change) adalah merupakan antara terjemahan dari komitmen yang disebutkan tadi.

 

Sebelum mengakhiri titah, baginda ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peringkat warga Perkhidmatan Awam, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, pasukan-pasukan beruniform yang lain, termasuk mereka yang berkhidmat di sektor swasta dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), di atas komitmen dan usaha gigih kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing sepanjang tahun 2023.

 

Demikian juga, pada kesempatan ini, Kebawah DYMM sukacita merakamkan penghargaan kepada negara-negara sahabat dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa di atas kerjasama yang baik lagi ikhlas antara kita.

 

“Selamat Tahun Baharu Masihi 2024 kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini, termasuk mereka yang berada di luar negara. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan melimpahkan rahmatnya berupa keteguhan iman, kesihatan, keamanan dan kemakmuran untuk semua," titah baginda mengakhiri Titah Perutusan bersempena Tahun Baharu Masihi 2024.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47