FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Kekal Keamanan, Keselamatan, Kesejahteraan Berkat Usaha Bersepadu


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

 


 January 2nd, 2024  |  11:43 AM  |   105 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bersabit hal ehwal luar negara pula, Negara Brunei Darussalam (NBD) turut melahirkan kebimbangan yang amat mendalam terhadap keganasan yang sedang berlaku di Palestin.

 

Kita mengharapkan supaya pihak-pihak berkenaan akan terus mematuhi kewajipan menghormati undang-undang antarabangsa temasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khasnya dalam usaha melindungi keselamatan orang awam. Sama-samalah kita berdoa semoga rakyat Palestin akan sentiasa mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Perutusan bersempena menyambut Tahun Baharu Masihi 2024, hari ini.

 

“Sebagai tanda simpati yang mendalam, NBD tidak ketinggalan menubuhkan Tabung Kemanusiaan untuk Rakyat Palestin, di samping doa dan Qunut Nazilah bagi rakyat dan negara Palestin juga dibaca di masjid-masjid. Beta berharap, rakyat dan penduduk negara ini akan sama-sama menyumbang kepada tabung berkenaan sebagai derma atau sedekah kerana Allah Subhanahu Wata'ala," titah baginda lagi.

 

Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah pada tahun ini, kita insyaaAllah akan menyambut 40 tahun negara mencapai kemerdekaan penuh.

 

“Kejayaan kita dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan dalam tempoh yang lama ini adalah berkat usaha bersepadu dan dengan izin Allah jua," titah baginda.

 

Semoga sambutan kali ini akan lebih mengukuhkan lagi patriotisme di kalangan generasi masa kini, selaku rakyat dan penduduk yang taat setia lagi gigih untuk membawa negara mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Terdahulu, dalam titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, di atas limpah rahmatnya mengizinkan kita sama-sama melangkah ke Tahun Masihi 2024.

 

“Semoga tahun 2024 ini akan mendorong kita untuk lebih berjaya meneroka perubahan-perubahan bermakna, baik bagi diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara," titah baginda lagi.

 

“Demikian juga, fokus kerajaan beta akan tetap mensasarkan pencapaian matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035. Maka untuk itu, kerajaan beta melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation akan terus melakar strategi baharu menerusi 'blueprint-blueprint' yang kita yakini mampu untuk membawa negara lebih dekat kepada matlamat-matlamat tersebut," titah baginda.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah bahawa 'blueprint-blueprint' ini akan sentiasa dikemas kini bagi memastikan ia sentiasa relevan dan apa jua jurang dalam perancangan dan pelaksanaan akan ditangani secara kolektif tanpa bertangguh.

 

Namun dalam pada itu, faktor-faktor luar seperti pergolakan geopolitik, krisis kesihatan global, kesan perang dagang antara kuasa besar dan kepesatan kemajuan teknologi akan terus mempengaruhi hala tuju dunia, dengan bahangnya juga turut dirasai oleh negara kita.

 

Apa yang pasti, titah baginda, kita perlu mendepani keadaan ini dengan fikiran terbuka untuk memahami perubahan tersebut dan seterusnya memanfaatkan sepenuhnya apa jua peluang yang dibawanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47