Home > Sports
Kota Ranger FC Tewaskan MS ABDB
Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
November 15th, 2023 | 09:09 AM | 8863 views
BERAKAS
Pasukan Kota Ranger FC menewaskan pasukan MS ABDB dengan jaringan 3 - 1 pada perlawanan Liga Super Brunei (BSL) 2023 yang berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.
Pada separuh masa pertama perlawanan tersebut, SLD (U) Mohd. Hibatur Rahman Mohamad dari pasukan MS ABDB membuka tirai gol perlawanan pada minit ke-12.
Pasukan Kota Ranger FC terus berusaha membolosi gol lawan untuk menyamakan kedudukan namun MS ABDB tetap menguasai babak pertama perlawanan.
Walau bagaimanapun, Kota Ranger FC bangkit menguasai perlawanan pada separuh masa kedua dan menggegarkan gawang MS ABDB pada minit ke-60 hasil jaringan Nonso Nwoke.
Para penyokong Kota Ranger FC terus bersorak apabila Muhammad Faturrahman Embran menggandakan gol pasukan berkenaan selang enam minit kemudian.
Ini menaikkan semangat buat Kota Ranger FC untuk mengatur strategi permainan sehingga berjaya menyumbat gol ketiga melalui jaringan Muhammad Hafis Haji Mahari pada minit ke-90.
Kedudukan kekal 3 - 1 hingga wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan BSL 2023 seterusnya akan diadakan pada 17 November ini iaitu BSRC FC bertemu MS ABDB di Kompleks Sukan Tutong; manakala Panchor Murai FC akan menentang Kota Ranger FC di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Marlinawaty Hussin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]