Home > Sports
PKWE DBM Johan Perlawanan Boling HAWE 2023
Foto : Ihsan Haji Othman Haji Aliassan
October 7th, 2023 | 06:44 AM | 2062 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara (DBM) muncul johan dalam Perlawanan Boling bersempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas (HAWE) 2023.
Perlawanan yang berlangsung di Aman Hills Bowling itu dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), ahli-ahli PKWE serta wakil dari setiap daerah.
Tempat kedua disandang oleh pasukan PKWE Daerah Temburong dan tempat ketiga diraih oleh pasukan PKWE Daerah Tutong.
Pada perlawanan tersebut, Haji Dzulkifle bin Haji Matudin dari pasukan PKWE DBM meraih mata tertinggi iaitu 127 mata.
Perlawanan Boling bersempena Sambutan HAWE 2023 itu merupakan anjuran pelajar penempatan Universiti Brunei Darussalam di bawah JAPEM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Adapun tujuan perlawanan ini diadakan adalah memeriahkan Sambutan HAWE 2023 dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli PKWE setiap daerah sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat dalam Ahli PKWE.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Muhammad Khairulanwar Ali Rahman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]