Home > Sports
Atlet Angkat Berat, Jurulatih Berlepas Ke Hangzhou, China
September 27th, 2023 | 07:23 AM | 1844 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai dua Ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada seorang jurulatih iaitu Muhammad Hadi Dinie bin Abdul Rahman dan seorang atlet Angkat Berat, Dayang Jurulena binti Juna hari ini telah berlepas ke Hangzhou, China bagi menyertai Kejohanan Sukan Asia Ke-19, 2022 yang berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober 2023.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta kata-kata semangat ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan).
Kumpulan terakhir akan bertolak ke Hangzhou, China pada Isnin, 2 Oktober 2023.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]