FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kluster 5 juara Kejohanan Bola Jaring


Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 September 25th, 2023  |  08:02 AM  |   2121 views

BERAKAS

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam (BNA) mengadakan Peringkat Akhir Kejohanan Bola Jaring bersempena dengan Sambutan Hari Guru Ke-33, Tahun 2023 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

 

Kejohanan Bola Jaring berkenaan merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-33, Tahun 2023 dengan tema 'Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan'.

 

Sebanyak 16 pasukan menyertai kejohanan itu dan dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

 

Pasukan Kluster 5 muncul sebagai johan Kejohanan Bola Jaring sempena Hari Guru Ke-33, setelah menewaskan pasukan IPT, naib juara dengan jaringan 25-24. Manakala pasukan Kluster 2 menduduki tempat ketiga setelah menewaskan pasukan JPI 'A' dengan jaringan 24-20.

 

Sementara itu, Dayang Noormahirah binti Morsidi daripada pasukan JPI 'A' telah memenangi anugerah Penyerang Terbaik, manakala pemain Pertahanan Terbaik disandang oleh Dayang Ernie Nisrinah binti Haji Abd. Rani daripada pasukan Kluster 5 dan Penjaring Terbaik diberikan kepada Dayang Ijlalina Nadzirah binti Haji Md. Yunos daripada pasukan IPT.

 

Kejohanan Bola Jaring yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk perasaan muhibah dalam kalangan pegawai, guru dan kakitangan di Kementerian Pendidikan dan KHEU.

 

Selain itu, kejohanan ini juga sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan dan KHEU kekal aktif melalui sukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47