FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Atlet Disarankan Jaga Disiplin, Tingkah Laku


Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 September 21st, 2023  |  08:19 AM  |   2389 views

BERAKAS

 

 

 

Oleh :  / 

 

BERAKAS, Rabu, 20 September. - Negara Brunei Darussalam (NBD) akan menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan Asia Ke-19 Tahun 2022 yang akan diadakan secara rasmi bermula pada 23 September hingga 8 Oktober 2023 di Hangzhou, China.

 

Kontinjen NBD dianggotai seramai 21 orang terdiri daripada 11 atlet dan 10 pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Perhubungan, doktor, ahli Fisioterapi dan jurulatih.

 

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada kontinjen NBD ke Sukan Asia Ke-19 diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

 

Berangkat bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen NBD Ke Sukan Asia Ke-19 berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan NBD.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murat, diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Dalam sembah alu-aluannya, Yang Berhormat antara lain menyembahkan merakamkan ucapan tahniah kepada para atlet yang terpilih untuk menyertai kejohanan berkenaan, hasil kerja keras dan komitmen masing-masing dalam menjalani latihan yang dijadualkan.

 

"Pesanan kepada semua ahli kontinjen untuk menjaga disiplin dan tingkah laku sepanjang berada di sana.

 

"Sentiasa memberikan kerjasama kepada semua pihak dan yang paling penting adalah hindari dan jauhkan diri daripada mengambil barang-barang atau ubat-ubatan yang terlarang yang boleh mengakibatkan atlet dikeluarkan atau digantung daripada bertanding sehingga mencemarkan nama baik negara," sembah Yang Berhormat.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menyembahkan bahawa sebanyak 46 buah negara dijangka akan menyertai kejohanan berkenaan.

 

"Oleh yang demikian, ia bukan sahaja kejohanan yang berprestij, malah ia adalah satu platform yang tertinggi bagi atlet-atlet kita mempamerkan prestasi yang terbaik dan berkualiti di samping menguji kemampuan mereka untuk bersaing dengan atlet bertaraf dunia untuk meraih pingat.

 

"Selain itu, ia juga merupakan satu peluang yang baik bagi atlet-atlet dan pegawai sukan yang menyertai kejohanan ini, terdiri daripada pelbagai negara untuk memperkukuh hubungan persahabatan, kerjasama dan jaringan perhubungan antara satu sama lain sejajar dengan salah satu matlamat sukan, iaitu untuk menyumbang kepada pembangunan dan keamanan," sembah Yang Berhormat.

 

Kemuncak majlis ialah pengurniaan sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan seterusnya penyerahan bendera NBD oleh Duli Yang Teramat Mulia kepada Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, selaku Chef de Mission kontinjen NBD Ke Sukan Asia Ke-19.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan NBD berkenan bergambar ramai bersama para atlet yang akan menyertai kejohanan berkenaan.

 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China Ke NBD, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo; Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan dan Penilaian Atlet Kebangsaan; Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan; serta para ibu bapa dan penjaga atlet.

 

Dalam Sukan Asia Ke-19 berkenaan, NBD akan menyertai sebanyak tiga acara sukan yang dipertandingkan, iaitu karate, angkat berat dan wushu.

 

Sukan Asia merupakan kejohanan pelbagai sukan benua dalam kalangan atlet daripada seluruh Asia yang diadakan setiap empat tahun.

 

Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh Olympic Council of Asia (OCA) dan digambarkan sebagai acara pelbagai sukan kedua terbesar selepas Sukan Olimpik.

 

Kali terakhir negara menyertai sukan berkenaan ialah pada 2018 di Jakarta dan Palembang.

 

Kontinjen negara dijangka bertolak ke Hangzhou, China secara berperingkat-peringat bermula pada Khamis, 21 September 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47