Home > Sports
MS ABDB Kutip Tiga Mata
June 15th, 2023 | 08:31 AM | 921 views
BANDAR SERI BEGAWAN
MS ABDB berjaya mengesahkan kemenangan ke atas PES dengan jaringan 4 - 3 pada perlawanan menarik di kejohanan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023.
Pada pertemuan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, PES lebih awal membuat pasukan lawannya tersentak apabila sepakan Khairun Nadzereen bin Haji Md Daud berjaya menembusi gawang MS ABDB pada minit ke-2 perlawanan.
Gerakan pantas pemain PES, Ahmad Muhazzib Haririe bin Haji Md Daud, berjaya menambah satu lagi gol selang seminit kemudian yang menjadikan kedudukan 0 – 2.
Pertemuan terus gamat apabila sepakan pemain MS ABDB, Laskar Muda (LSM) Muhammad Izzan bin Zamain, berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-9 untuk menjadikan kedudukan 1 - 2.
Perlawanan terus rancak selepas MS ABDB menyamakan kedudukan 2 - 2 pada minit ke-11 menerusi jaringan LSM Abd Malik bin Yunos.
MS ABDB terus beraksi dengan cemerlang apabila LSM Muhammad Izzan bin Zamain sekali lagi menambah gol seminit sebelum tamat separuh masa pertama untuk mendahului kedudukan 3 - 2.
Perlawanan semakin mencemaskan di babak kedua apabila LSM Abd Malik bin Yunos berjaya menjaringkan gol pada minit ke-30 untuk menjarakkan kedudukan kepada 4 - 2.
Walaupun ketinggalan jaringan, pemain-pemain PES tidak mudah mengalah malah dengan melakukan asakan sehingga membuahkan hasil menerusi jaringan Ahmad Muhazzib Haririe bin Haji Md Daud, dua minit sebelum tamat perlawanan dan keputusan 4 - 3 itu berakhir sehingga ke wisel penamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]