FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Brunei DPMM FC Tewas Di Tangan Albirex Niigata FC (S)


 


 June 12th, 2023  |  09:40 AM  |   867 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Peluang Pasukan Brunei DPMM FC untuk mengutip 3 mata berkecai setelah tumpas di tangan Albirex Niigata FC (S) pada perlawanan malam tadi.

 

Saingan pertemuan Liga Perdana Singapura (SPL) di Stadium Jalan Besar, Singapura di sini menyaksikan Brunei DPMM FC memulakan permainan dengan baik dan memberi tekanan melalui serangan bertali arus menggegarkan pertahanan lawan.

 

Meskipun demikian, strategi Albirex Niigata FC (S) mula menampakkan taringnya apabila berjaya menyumbat gol pertama pada minit ke-41 menerusi Tadanari Lee setelah menerima hantaran lintang daripada rakan sepasukannya dan terus membuat tandukan terus ke pintu gawang.

 

Ketinggalan 0 - 1, Brunei DPMM FC di bawah kendalian Adrian Pennock, menggandakan usahanya untuk menyamakan kedudukan namun benteng pertahanan kuat Albirex Niigata FC (S) gagal dibolosi dan kedudukan kekal sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

 

Bersambung babak kedua perlawanan, Albirex Niigata FC (S) yang memperkemaskan jentera serangan berhasil meraih gol kedua seawal 1 minit babak kedua bermula melalui rembatan Shodai Yokoyama, menewaskan penjaga gawang import Brunei DPMM FC, Kristijan Naumovski.

 

Albirex Niigata (S) terus menguasai permainan dengan beberapa kali percubaan dilakukan untuk menambah jaringan dan memberikan tekanan kepada Pasukan Brunei DPMM FC.

 

Brunei DPMM FC terpaksa akur bermain dengan 10 pemain apabila Hanif Hamir dilayangkan Kad Merah oleh pengadil setelah mengasari pemain Albirex Niigata FC (S) di dalam kawasan petak D.

 

Albirex Niigata FC (S) yang diberikan sepakan penalti walau bagaimanapun gagal memanfaatkan apabila sepakan Seia Kunori tersasar dari gawang.

 

Brunei DPMM FC terus mengatur strategi melakukan serangan namun menemui jalan buntu dan kedudukan kekal 0-2 berpihak kepada Albirex Niigata FC (S).

 

Keputusan tersebut menyaksikan pasukan bimbingan Kazuaki Yoshinaga naik ke tangga pertama liga dengan 33 mata setelah menang dalam 11 perlawanan manakala Pasukan Brunei DPMM FC kekal ditangga ke-8 dengan 11 mata.

 

Sementara itu, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan pula, Balestier Khalsa FC menang ke atas Tanjong Pagar United FC yang berkesudahan 4-3. Perlawanan Brunei DPMM FC seterusnya adalah bertemu Young Lions pada 24 Jun ini bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47