Home > Sports
PHM, BMG Adakan Perlawanan Badminton Persahabatan
June 8th, 2023 | 09:08 AM | 825 views
BANDAR SERI BEGAWAN
PHM Team( Pengiran Haji Mohammad Team) dan BMG Team mengadakan Perlawanan Sukan Badminton Persahabatan bagi persediaan BMG Team membuat perlawanan persahabatan jelajah Borneo.
Perlawanan sukan Badminton tersebut berlangsung di Dewan Badminton Bangunan PGGMB di ibu negara.
Seramai 30 pemain telah mengikuti perlawanan tersebut yang terdiri dari keluarga besar PHM Team dan BMG Team. Turut hadir, Pengiran Metussin bin Pengiran Haji Mohammad selaku Pengurus Pasukan PHM Team.
Objektif utama perlawanan persahabatan tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim serta merapatkan lagi institusi kekeluargaan melalui aktiviti sukan yang telah lama dipraktikkan sekali gus menyahut saranan kerajaan 'Menuju ke Arah Warga Sihat' khususnya kepada generasi baharu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]