FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memastikan Pertumbuhan Keluaran Sektor Pertanian, Perikanan


 


 March 29th, 2023  |  08:19 AM  |   116 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isu sekuriti makanan adalah merupakan salah satu agenda yang hangat dibincangkan di sepanjang persidangan berlangsung, di mana berbagai isu telah dibangkitkan dan cadangan-cadangan pembaikan diusulkan demi untuk memastikan masa hadapan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini akan terus terjamin.

 

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini pagi tadi.

 

Ke arah ini jelas Yang Berhormat, pihak kementerian akan terus berusaha sedaya upaya dengan kerjasama dari semua pihak yang berkenaan, melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation, melaksanakan strategi-strategi serta inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan.

 

Serta mengenal pasti strategi-strategi serta inisiatif-inisiatif baharu, dalam memastikan agar pertumbuhan keluaran dari industri sektor makanan, khususnya pertanian dan perikanan, sama ada keluaran dari industri primer dan industri pemprosesan hiliran dan nilai tambah berasaskan pertanian dan perikanan, akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan menyumbang secara signifikan kepada usaha ke arah mempelbagaikan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, eksport dan jaminan sekuriti makanan.

 

Usaha-usaha dalam menarik dan meningkatkan penglibatan pengusaha-pengusaha baharu terang Yang Berhormat, sama ada pengusaha tempatan, terutama dari golongan belia, dan jua syarikat-syarikat FDI, untuk berkecimpung dalam bidang pertanian dan perikanan akan jua diteruskan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan.

 

“Pada masa yang sama, melalui projek-projek RKN, pihak kaola juga akan terus memastikan prasarana dan kemudahan asas ladang untuk disediakan dan akan terus dipertingkatkan," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Usul dan cadangan yang telah diajukan dan disumbangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terang Yang Berhormat Dato, adalah amat dihargai dan disambut baik, dan akan diteliti dan dinilai kesesuaiannya secara terperinci dalam sebarang penggubalan dasar dan perancangan strategi yang akan dilaksanakan mengikut keperluan dan keutamaan.

 

“Pihak kaola sentiasa bersedia dan mengalu-alukan kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik untuk bermuzakarah bagi membincangkan sebarang cadangan yang menjurus kepada bidang-bidang perusahaan yang berkaitan dengan sektor pertanian, perikanan, perhutanan dan pelancongan di negara ini, bagi kemajuan sektor-sektor ini dan bagi memastikan sektor-sektor ini mampu menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya kepada pertumbuhan sektor bukan minyak dan gas, selaras dengan usaha ke arah mempelbagaikan sumber ekonomi negara agar kita tidak terlalu bergantung kepada hasil dari sektor minyak dan gas semata-mata," katanya.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan merafakkan sembah menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas keberangkatan dan pengurniaan titah baginda di Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN yang penuh bijaksana dan berpandangan jauh serta mencerminkan kepimpinan, keprihatinan dan sikap pemedulian Baginda bagi memastikan pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara adalah sentiasa terjamin.

 

Yang Berhormat turut merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kepimpinan dan kewibawaan dalam mempengerusikan Persidangan MMN di Dewan yang mulia ini, dengan penuh kebijaksanaan, kecekapan dan dedikasi sehingga membolehkan persidangan ini berjalan dengan jayanya dalam suasana yang penuh harmoni, kondusif dan produktif.

 

“Ucapan tahniah dan penghargaan ini juga kaola tujukan kepada Yang Dimuliakan Pehin Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis atas kecekapan mengatur agenda perbincangan dan perjalanan persidangan dengan tersusun dan lancar, dan juga kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara yang terlibat dalam sama-sama menjayakan permesyuaratan pada tahun ini," katanya.

 

Ucapan penghargaan juga dilahirkan kepada rakan-rakan sejawatan Yang Berhormat Dato dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, kerana telah dapat memainkan peranan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang dan komited, menyuarakan isu-isu strategik dan mengusulkan cadangan serta pandangan-pandangan yang bernas demi kesejahteraan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, sambil mengekalkan semangat muhibah, saling hormat-menghormati dan bermuzakarah dengan calak kebruneian kitani.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07