Home > In The Court
Dihukum Penjara Atas Kesalahan Dadah
September 15th, 2022 | 15:30 PM | 671 views
KUALA BELAIT
Seorang lelaki penduduk tetap mengaku bersalah, dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara atas kesalahan Akta Penyalahgunaan Dadah.
Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman tersebut bermula hari ini ke atas Zulkifli bin Mohamad @ Malong di Mahkamah Majistret, Kuala Belait.
Zulkifli (defendan), berusia 52 tahun, didakwa atas satu pertuduhan kerana memakan dadah terkawal Kelas A, Methylamphetamine di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Defendan ditangkap semasa melakukan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan yang dijalankan oleh Pegawai-pegawai Biro Kawalan Narkotik, di kawasan Kuala Belait.
Defendan juga dibawa bagi menjalani ujian air kencing di mana hasil ujian air kencing tersebut mendapati positif Kelas 'A', Methylamphetamine.
Pendakwaan yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Abdul Wafi bin Haji Husain, turut menyatakan bahawa defendan juga mempunyai rekod kesalahan yang lalu di bawah akta yang sama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]