FacebookInstagramTwitterContact

 

Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>           Munajat Night           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration, KOTIBA           >>           Aidilfitri Get-Together           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


DPMM FC Berpesta Gol


 


 August 14th, 2022  |  13:24 PM  |   470 views

JERUDONG

 

Pasukan DPMM FC berpesta gol setelah membenam pasukan Seri Wira FC dengan jaringan 18 - 0, pada Perlawanan Piala FA Brunei 2022, yang berlangsung di Jerudong Park Mini Stadium, di sini.

 

Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

 

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah serta kerabat diraja yang lain.

 

Babak pertama menyaksikan pasukan DPMM FC mendominasi perlawanan, di mana gol pertama berjaya dijaringkan pada minit ke-6, hasil sepakan Muhammad Razimie Ramli.

 

Lima gol pasukan DPMM FC pada babak pertama perlawanan berjaya dijaringkan oleh Muhammad Hakeme Yazid Said, iaitu pada minit ke-8; minit ke-20; minit ke-25; minit ke-32; dan minit ke-38 perlawanan, sekali gus menjadikan beliau sebagai penjaring hatrik pertama pada malam itu.

 

Sementara itu, Mohd. Najib Haji Tarif; Muhd. Nurikhwan Othman; Awangku Mohammad Fakharrazi Pengiran Haji Hassan; dan Muhammad Azwan Ali Rahman, masing-masing berjaya menyumbangkan gol bagi pasukan DPMM FC, pada minit ke-24; minit ke-35; minit ke-41; dan minit ke-43 perlawanan.

 

Perlawanan pada separuh masa pertama berakhir dengan jaringan pasukan DPMM FC mendahului pasukan Seri Wira FC, 10 - 0.

 

Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan DPMM FC terus menguasai perlawanan apabila Muhammad Shahrazen Said berjaya menggegarkan gawang pasukan Seri Wira FC, pada minit ke-47 dan menjadikan jaringan 11 - 0.

 

Gawang pasukan Seri Wira FC bolos lagi apabila sepakan Abdul Azizi Rahman tidak berjaya diselamatkan oleh penjaga golnya untuk menempatkan pasukan DPMM FC terus di depan dengan jaringan 12 - 0, pada minit ke-59 perlawanan.

 

Pada minit ke-62 perlawanan, pasukan DPMM FC sekali lagi berjaya membolosi gawang pasukan lawan, hasil sepakan Muhammad Shahrazen Said.

 

Muhammad Shahrazen Said berjaya membuat jaringan hatrik, pada minit ke-78, sekali gus menambah gol ke-14 bagi pasukan DPMM FC.

 

Abdul Azizi Ali Rahman; dan Abdul Muiz Sisa dari pasukan DPMM FC, masing-masing menjaringkan gol ke-15 dan ke-16, pada minit ke-84; dan minit ke-85 perlawanan.

 

Dua lagi gol berjaya dihasilkan oleh pasukan DPMM FC, pada minit ke-88; dan minit ke-90, hasil jaringan Muhammad Wafi Aminuddin; dan Muhammad Danisyh Syariee Mohamad Masrazni.

 

Kedudukan 18 - 0 kekal hingga ke wisel penamat, sekali gus memberikan tiga mata penuh kepada pasukan DPMM FC pada perlawanan pertama mereka.

 

Sementara itu, pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, pasukan IKLS-MBS FC pulang dengan tiga mata penuh apabila berjaya mengalahkan pasukan Nelayan FT dengan jaringan 3 - 1.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07