FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Meningkatkan Akses Kepada Keadilan


 


 June 28th, 2022  |  12:38 PM  |   365 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pengantaraan adalah sebagai satu proses untuk menyelesaikan pertikaian melalui perbincangan serta tolak ansur dan ia bukanlah satu konsep baharu.

 

Secara tradisinya, pengantaraan telah diterima pakai oleh para pemimpin seperti penghulu dan ketua kampung, imam ataupun ketua keluarga dalam menyelesaikan pertikaian persendirian.

 

Walau bagaimanapun, pengantaraan pada hari ini telah berkembang kepada proses yang lebih formal yang diterima pakai oleh mahkamah dan badan lain bagi menyelesaikan perdebatan termasuk perdebatan secara komersial.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berucap demikian pada Majlis Perasmian Program Latihan Strategic Conflict Management for Professionals : Managing Conflicts and Resolving Disputes Through Mediation with Accreditation 2022 bertempat di Dewan Serbaguna At-Taqwa, Tingkat 12, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

Apabila mempertimbangkan pelbagai kemungkinan pertikaian yang boleh berlaku, Yang Berhormat Menteri di JPM seterusnya berkata, pasti kita akan bersetuju bahawa kes-kes yang dirujuk ke mahkamah hanyalah sebahagian kecil sahaja.

 

Demikian kata Yang Berhormat lagi, potensi pengantaraan adalah sebagai kaedah alternatif untuk penyelesaian pertikaian adalah lebih penting, justeru, terdapat keperluan untuk memahami dan menggunakannya dengan lebih baik di Negara Brunei Darussalam.

 

Semasa berucap, Yang Berhormat juga ingin mengimbas kembali semasa pembukaan tahun undang-undang pada tahun ini, di mana Ketua Hakim Mahkamah Besar telah berkongsi bahawa sebanyak 13 kes yang sesuai telah dirujuk kepada mediasi.

 

Lima kes telah berjaya dimediasi sementara lima kes lagi masih menunggu untuk dibicarakan di hadapan pengantara mahkamah berikutan sekatan COVID-19.

 

Bagi memastikan pengantaraan itu berjaya, Yang Berhormat juga menekankan bahawa perlu ada perubahan dalam pendekatan selain keperluan untuk menggalakkan pihak-pihak untuk bekerjasama daripada berhadapan dan mengimbangi keperluan untuk memelihara hubungan beberapa pihak dan dalam masa yang sama menegakkan hak mereka masing-masing.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, selaras dengan Pelan Strategik JPM 2021-2025, Menteri di JPM berharap agar program latihan yang julung kali diadakan ini akan dapat membantu meningkatkan bilangan pengantara bertauliah di negara ini dan seterusnya menyumbang ke arah usaha meningkatkan akses kepada keadilan untuk semua.

 

Di samping itu, Yang Berhormat juga berharap setiap peserta dapat menyelami diri sepenuhnya dalam tempoh enam hari akan datang dan meraih manfaat maksimum daripada pengetahuan, maklumat dan kemahiran yang dikongsi oleh jurulatih semasa kursus dan seterusnya berjaya ditauliahkan sebagai pengantara.

 

Di luar skop proses pengantaraan, ujar Yang Berhormat, kemahiran pengantaraan yang diperkenalkan tidak terhad dalam permohonan dan juga boleh digunakan setiap hari dalam menyelesaikan konflik pada peringkat 'communal', organisasi ataupun peribadi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07