Home > In The Court
Padah Curi : Dihukum Penjara
October 25th, 2020 | 09:08 AM | 1032 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Perantaraan di sini, setelah mengaku bersalah atas kesalahan mencuri harta benda kerajaan dan pertuduhan mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan Bab 22.
Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menjatuhi hukuman 18 bulan penjara terhadap Kusnady bin Halawi berumur 36 tahun bermula tertuduh di reman pada 29 September 2020.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Tradesman Tingkat 1/ Pekerja Tingkat 1V mencuri empat 'transformer' hidraulik kepunyaan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, di Substore 66KV Pasir Puteh Tanjung Maya Tutong, pada jam 10.45 malam, 14 Julai 2019.
Dalam kejadian tersebut, tertuduh menyewa sebuah trak kren HIAB untuk mengangkat barang-barang curi untuk dipindahkan ke Gadong.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Sheikh Nordin. Tertuduh juga pernah melakukan kesalahan curi pada tahun 2003 di bawah seksyen 380 kanun Keseksaan Bab 22.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]