Home > In The Court
Mengaku Bersalah Miliki Barang Tegahan
October 23rd, 2020 | 12:21 PM | 443 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat membawa barang tegahan ke negara ini, seorang lelaki, warganegara tempatan, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda BND40,000 atau 14 bulan penjara, jika gagal membayar denda tersebut.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu, di Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan, di sini.
Mahkamah juga menetapkan tempoh selama enam bulan, iaitu hingga 29 April 2021, bagi bayaran denda berkenaan dilunaskan.
Tertuduh, Asman bin Haji Nyiru, berumur 46 tahun, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman tersebut kerana terlibat dalam kesalahan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, iaitu memiliki 10,000 batang rokok Tradition Gold.
Pada 14 Oktober 2020, Asman ditangkap oleh Pasukan Polis RU 'C' bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam Ops COVID, di Kampung Kuala Lurah.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Haji Junaidi bin Haji Ahmad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]