FacebookInstagramTwitterContact

 

Childcare Centres           >>           Haj Management and Internalisation Briefing           >>           Health Briefing for Intending Pilgrims           >>           'My Family, My Hope'           >>           Open House in conjunction with Hari Raya Aidilfitri           >>           'Sedetik Sejuta Perjalanan' Motivational Camp           >>           TID Rollover Transition Process           >>           Knowledge-Sharing Session           >>           International Nurses and Midwives Day Celebration           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kem Kekal PKBN Mercu Tanda Daerah Temburong


AWANG Haji Hassan bin Haji Ismail dari Daerah Brunei dan Muara berpuas hati dengan pelaksanaan program setakat ini terutama dari segi prasarana kem latihan serta aspek kesejahteraan.

 


 December 11th, 2016  |  09:36 AM  |   1696 views

TEMBURONG

 

Sabtu, 10 Disember. - Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi pengambilannya yang ke-6 melakar sejarah apabila merupakan yang terbesar setakat ini dengan seramai 359 belia terdiri daripada 281 lelaki dan 78 perempuan mengikuti latihan, mengatasi pengambilan-pengambilan yang terdahulu.

 

Ianya adalah satu pencapaian dan petanda baik yang bermakna bagi program ini yang terus menerima sambutan yang menggalakkan dan berjaya mencapai objektif ianya diperkenalkan.

 

Berucap semasa Majlis Pelancaran PKBN Pengambilan Ke-6 bertempat di Kem Latihan PKBN Kampung Gadong Baru, Mukim Batu Apoi, di sini, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof seterusnya menambah bahawa sejarah juga telah diukir bila mana Kem Latihan PKBN yang baharu dan lengkap serta serba moden mula digunakan oleh Pengambilan Ke-6 ini iaitu bersukut baik dengan bulan kelahiran Rasul dan Pemimpin Agung Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu bulan Rabiulawal.

 

''Selain itu, kem ini juga dengan kedudukan strategiknya di Mukim Batu Apoi turut menjadi mercu tanda baharu di Daerah Temburong. Terbina dan kewujudan Kem Latihan PKBN yang baru tersergam ini adalah sejajar dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah baginda semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Pertama tahun 2013 yang antara lain baginda bertitah menekankan - ''Dalam melaksana program ini, perlulah dipastikan kurikulumnya, infrastruktur, kesesuaian jurulatih dan penyelia serta peralatannya. Semua itu biarlah yang terbaik, sempurna dan terjamin selamat,'' ujar Yang Berhormat Menteri.

 

Menurut Yang Berhormat, ianya juga membuktikan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerajaan baginda secara terus menerus memberikan keutamaan terhadap latihan pembangunan belia khususnya PKBN ini.

 

PKBN, jelas Yang Berhormat, telah berjaya mengorak langkah dengan lebih jauh dan meyakinkan dalam mengukuh dan mempertingkatkan imej serta kedudukannya sebagai program strategik nasional yang terunggul dan cemerlang melahirkan belia dan beliawanis yang dinamik dan patriotik dan bertanggungjawab.

 

Selain menjadi mercu tanda baharu menaikkan profil Daerah Temburong, dalam tempoh jangka masa yang panjang, adalah diyakini kewujudan kem latihan ini akan dapat membantu dalam menjana pelbagai aktiviti perekonomian rakyat dan penduduk daerah ini dan secara tidak langsung akan dapat membantu usaha meningkatkan sosioekonomi masyarakat dan daerah ini, terutama apabila jambatan yang akan menghubungkan Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan Daerah Temburong yang pada masa ini sudah dalam pembinaan, siap sepenuhnya kelak, jelas Yang Berhormat.

 

101216 RAH PKBN 03LAFAZ ikrar daripada seramai 359 pelatih serta nyanyian lagu ‘Sedia Berbakti’.

 

Di samping itu, Yang Berhormat melahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada 359 pelatih yang akan menjalani latihan selama 100 hari dan juga kepada para ibu bapa dan penjaga amnya.

 

Yang Berhormat merasa gembira kerana para pelatih telah menyahut seruan dan cabaran untuk melakukan transformasi diri dan memanfaatkan masa muda mereka dengan menyertai program ini sesuai dengan seruan tema Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini iaitu 'Belia Berwawasan Pemangkin Transformasi'.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, latihan-latihan dan pengalaman yang dilalui nanti merupakan satu bentuk penghijrahan diri yang memerlukan kerja keras dan pengorbanan.

 

Melalui latihan yang padat dan jitu ini tambahnya, InsyaaAllah akan dapat membentuk pelatih-pelatih menjadi belia dan beliawanis dikehendaki negara tercinta iaitu belia/beliawanis yang berjiwa kental, berjiwa besar dan berakhlak mulia iaitu memiliki nilai-nilai iman dan ihsan.

 

Selaku lepasan program ini, para pelatih juga nanti diharap akan menjadi 'role model'/penyuntik semangat para belia dan beliawanis yang lain di luar sana di dalam sama-sama menyokong dan menjayakan hasrat kerajaan menuju Wawasan Brunei 2035 melalui pengukuhan jati diri, berdaya saing, bijak dan kreatif sesuai dengan moto PKBN 'Bersedia Berkhidmat Berbakti'.

 

Yang Berhormat yakin dalam tempoh tiga bulan ini para pelatih akan didekatkan dan ditanamkan dengan ilmu dan pendedahan latihan fizikal, pembentukan karakter, kenegaraan dan khidmat komuniti melalui module-module program yang telah dipertingkatkan dan diperbaiki semenjak dari pengambilan pertama dengan mengutamakan penerapan konsep Melayu Islam Beraja.

 

Selain itu dan lebih penting katanya, antara objektif program ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelatih-pelatih, di samping berpeluang mengeratkan semangat berpasukan yang tinggi dan kemantapan semangat patriotisma dan kesetiaan kepada raja, ugama dan negara juga tuntutan Wasawan Brunei 2035.

 

''Kejayaan adalah melalui PKBN masa lalu dan mendatang, sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak terutamanya pihak ibu bapa. Sokongan dan dorongan moral daripada ibu bapa dalam memastikan para pelatih sentiasa bersemangat, berdaya tahan dalam tempoh 100 hari ini hingga berjaya menamatkan latihan adalah elemen penting kejayaan pelatih dan program."

 

Kerajaan menghargai peranan penting ibu bapa dalam memastikan keberkesanan program ini. Kerajaan dan pihak berwajib/berkepentingan juga menyedari bukanlah satu perkara mudah bagi ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka bagi menyertai program ini, jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, lantaran itulah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui PKBN sangat menyanjung tinggi atas kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa dalam melatih dan mendidik anak-anak mereka dalam PKBN ini.

 

Menurutnya, di atas kepercayaan itu, KKBS melalui PKBN telah menyediakan modul-modul pembangunan modal insan yang berasaskan kepada nilai-nilai murni konsep negara Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir," ujar Yang Berhormat.

 

Sejurus pelancaran PKBN Pengambilan Ke-6, majlis kemudian menyaksikan Lafaz Ikrar daripada seramai 359 pelatih serta nyanyian lagu 'Sedia Berbakti'.

 

Terdahulu dari itu, majlis turut mendengarkan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail, selaku Pengerusi Majlis.

 

Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, wakil Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, wakil Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pegawai Daerah Temburong, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan KKBS, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua kampung Daerah Temburong, Ahli Jawatankuasa 'Task Force' PKBN serta para ibu-bapa dan penjaga pelatih Pengambilan Ke-6.

 

101216 RAH PKBN 05

 

SEPASANG suami isteri yang meluangkan masa di Kem Latihan PKBN,  Batu Apoi, Daerah Temburong untuk melawat anak mereka berusia 17 tahun yang  mengikuti latihan PKBN selama 100 hari.

 

Dalam pada itu, para ibu bapa dan penjaga pelatih yang datang dari seluruh negara yang hadir mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka yang dihantar mengikuti latihan di kem ini.

 

Dalam kesempatan ini, Pelita Brunei menemu bual salah seorang ayah pelatih PKBN Pengambilan Ke-6, Awang Haji Hassan bin Haji Ismail dari DBM melahirkan rasa puas hati dengan pelaksanaan program setakat ini terutama daripada segi prasarana kem latihan serta aspek kesejahteraan para pelatih.

 

101216 RAH PKBN 02

 

AWANG Haji Hassan bin Haji Ismail dari Daerah Brunei dan Muara  berpuas hati dengan pelaksanaan program setakat ini terutama dari segi  prasarana kem latihan serta aspek kesejahteraan.

 

Menurutnya lagi, biarpun baru berada di kem latihan ini selama seminggu, beliau berbangga dengan perubahan positif yang sudah dapat dilihat di dalam diri anak perempuannya terutama daripada segi disiplin, pengurusan masa yang lebih teratur dan memiliki mentaliti yang lebih kuat dalam azamnya untuk meneruskan cabaran mengikuti latihan hingga ke penghujungnya.

 

Daripada sejumlah 359 pelatih, 266 orang berasal dari DBM, 44 orang dari Daerah Belait, 42 orang dari Daerah Tutong dan 7 orang dari Daerah Temburong, yang mana 70 peratus masih bersekolah dalam peringkat 'O' dan 'A' level dan sedang menunggu keputusan peperiksaan masing-masing, manakala 30 peratus lagi telah menamatkan persekolahan.

 

Program ini adalah merupakan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menjadi satu keperluan bagi negara untuk melahirkan generasi belia yang dinamik, berdaya saing dan cemerlang.

 

Ini adalah selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara iaitu untuk mewujudkan Belia Brunei Cemerlang dan sekali gus dapat mendukung usaha dalam merealisasikan Wawasan Negara 2035; iaitu ke arah rakyat yang berpendidikan; berkemahiran tinggi dan berjaya; kehidupan rakyat yang berkualiti dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

101216 RAH PKBN 01

DUA buah keluarga pelatih yang berasal dari  Daerah Temburong bertemu anak masing-masing.

 

Para pelatih PKBN Pengambilan Ke-6 ini akan berada di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi selama 100 hari bermula 4 Disember 2016 sehingga 13 Mac 2017 dengan didedahkan kepada kepada empat komponen utama program yang dibentuk dalam 'Calak Brunei', iaitu komponen jati diri, kenegaraan dan keagamaan, komponen latihan disiplin dan fizikal, komponen keusahawanan dan komponen khidmat komuniti.

 

Aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan turut dititikberatkan dalam program ini terutama dalam aspek pengurusan kewangan dan perniagaan, sebagai langkah dorongan dan membina semangat serta keinginan para belia untuk menjadi seorang usahawan yang akan mampu menyumbang secara postif kepada pembangunan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-10 21:51:59