FacebookInstagramTwitterContact

 

Customs Case           >>           The National Youth Day Award           >>           Certificate Presentation           >>           Beads Exhibition: 1000 Years Media Conference           >>           Academic Discussion           >>           'Tarbiah Ibadah Haji' Closing Ceremony           >>           Doa Selamat for Intending Haj Pilgrims           >>           Reforestation Project Initiative           >>           Courtesy Call           >>           His Majesty Audience Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Atlet ESB Sertai Kejohanan Esports Dunia


 


 August 21st, 2023  |  12:08 PM  |   70 views

BERAKAS

 

Persatuan Esports Brunei (ESB) hari ini menghantar  enam atlet serta seorang pegawai untuk menyertai Kejohanan Esports Dunia Persekutuan Esports Antarabangsa (IESF) untuk tahun ke-2 berturut-turut.

 

Skuad kebangsaan PUBG MOBILE yang sebelum ini memenangi pingat perak pada kejohanan dunia tahun lepas di Bali, Indonesia kini bersedia untuk tampil dengan sasaran mereka di pentas kejohanan yang akan diadakan di Lasi, Romania bermula 24 Ogos hingga 3 September depan di Palace of Culture.

 

Ketua pasukan, Muhd Safwan Hakimi menjelaskan bahawa sasaran mereka untuk tahun ini adalah untuk mengatasi pencapaian mereka daripada tempat ke-2 pada tahun lepas dan berharap untuk mencapai pingat emas dan menebus kekalahan semasa bertanding dengan Kazakhstan.

 

"Saingan terbesar kami ialah Kazakhstan dan juga Mongolia yang kelihatan sangat kuat daripada kejayaan baru-baru ini dalam pertandingan serantau. Kami tidak akan memandang rendah semua pasukan lain yang berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia ini kerana setiap pasukan mempunyai kekuatan tersendiri jadi kami hanya perlu fokus pada permainan dan kelebihan kami sendiri.

 

"Kami telah berlatih keras beberapa bulan ini dengan menganalisis permainan kami sendiri dan memperbaiki kelemahan kami dan pada masa yang sama mengkaji bagaimana pasukan lain bermain supaya kami boleh menggunakannya untuk kelebihan kami," katanya.

 

Manakala Setiausaha Agung ESB, Hawaii Yee menyatakan, para atlet telah menunjukkan dedikasi dalam latihan mereka beberapa bulan kebelakangan ini dan diharapkan semasa pertandingan itu mereka dapat mempamerkan prestasi yang lebih baik lagi.

 

“Kami percaya bahawa pasukan kita cukup bagus untuk menamatkan saingan di pentas kejohanan seperti yang ditunjukkan tahun lalu, akan tetapi atlet perlu percaya pada diri sendiri dan yakin dengan kemahiran mereka sendiri," tambahnya.

 

Selain PUBG MOBILE, kontinjen negara juga akan menyertai permainan Tekken 7 yang diwakili oleh Muhd Hafiy Mirza bin Haji Mohd Shafiee (Hafey) dan eFootball 2023 diwakili oleh Muhd Abdul Qawiy Wafiyuddin bin Haji Zulaihee (MrTanakaV2).

 

Muhd Hafiy Mirza akan berusaha untuk meningkatkan penampilan terbaik  dalam penamat 16 Terbaik dari pertandingan tahun lalu dan menyasarkan untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada apa yang dicapainya sebelum ini terutama sekali untuk menumpaskan peserta Jepun dan Arab Saudi yang telah menewaskannya pada edisi tahun lalu dan seterusnya berharap semoga tahun ini dapat bersaing dengan mereka sekali lagi bagi menebus kekalahannya.

 

"Saya telah berlatih setiap hari dengan beberapa pemain terbaik di Brunei dan juga negara Asia Tenggara yang lain jadi saya harap ini dapat memberi saya rangsangan tambahan yang saya perlukan untuk beraksi lebih baik tahun ini dalam kejohanan dunia," kata Muhd Hafiy Mirza.

 

Sementara Muhd Abdul Qawiy Wafiyuddin menyasarkan untuk layak ke pusingan kalah mati tahun ini selepas tersingkir di peringkat kumpulan pada edisi tahun lalu.

 

“Sasaran saya tahun ini adalah mara ke pusingan kalah mati dan akhirnya memenangi keseluruhan pertandingan. Semua atlet lain yang bertanding adalah sangat berpengalaman dan telah bertanding di peringkat profesional jadi ia bukan satu tugas yang mudah.

 

"Saya telah berlatih setiap hari untuk bersiap sedia bagi pertandingan ini tetapi selalunya kegelisahan pertandingan yang akhirnya boleh menimpa saya. Saya harap tahun ini saya lebih bersedia dan menunjukkan potensi sebenar saya di peringkat antarabangsa," tambah atlet eFootball itu.

 

Bagi pihak ESB, Hawaii Yee melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penaja iaitu YOUC1000 dan DST kerana menyokong dalam kebajikan demi perkembangan demi pertandingan atlet ke Iasi, Romania kali ini serta sokongan dari Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Rombongan bagi Kejohanan Esports Dunia IESF ke-15 Rasmi dibarisi oleh Ketua Pasukan - Hawaii Yee; para peserta PUBG MOBILE terdiri daripada Muhd Safwan Hakimi bin Abdullah Husaini, Md Hadif Fadhli Haji Sufari, Md Danish Haqeeme Hizami bin Muhaimin dan Md Danial Hadhrami Safiuddin bin Muhaimin. Manakala peserta Tekken 7 iaitu Md Hafiy Mirza bin Haji Mohd Shafiee dan peserta eFootball 2023 ialah Md Abdul Qawiy Wafiyuddin Haji Zulaihee.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34