FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajar Berwawasan Penting Dalam Tonggak Negara


ANTARA yang hadir mendengarkan tazkirah bertajuk 'Pelajar Berwawasan' yang disampaikan oleh Guru Kanan Al-Quran pada Program Keagamaan Senegara berkenaan.

 


 February 26th, 2020  |  07:45 AM  |   866 views

KAMPONG BENGKURONG

 

Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab diteruskan lagi pada sebelah petang di Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Bengkurong iaitu sebagai sekolah tumpuan bagi Daerah Brunei dan Muara.

 

Acara program dimulakan dengan membaca Selawat Tafrijiyah, Sayyidul Istighfar dan membaca Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

 

Diikuti dengan tazkirah bertajuk 'Pelajar Berwawasan' disampaikan oleh Guru Kanan Al-Quran, Awang Haji Mohd. Malek Faishal bin Haji Saili yang antara lain menyentuh mengenai tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan cara sentiasa fokus pengajaran guru dalam bilik darjah; mematuhi jadual pelajaran di bilik darjah dan di rumah; rajin bertanya pelajaran yang tidak difahami sehingga betul-betul faham; dan membuat kerja latihan pelajaran dan kerja rumah mengikut masa yang ditetapkan.

 

Tazkirah juga menekankan untuk menjadi seorang pelajar yang baik dan cemerlang hendaklah pelajar tidak terlibat dengan gejala sosial yang boleh merosakkan diri serta perlu bijak memilih kawan; rajin sembahyang; membaca Al-Quran dan memahami kehidupan di dunia dan di akhirat; dan rajin mengikuti aktiviti dan persatuan yang berfaedah.

 

Pelajar juga mesti mematuhi peraturan dan undang-undang negara supaya negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni, menjadi teladan yang baik kepada adik beradik dan rakan yang menjadi tonggak negara yang akan memainkan peranan penting dalam menjayakan Wawasan Negara sekali gus memberi sumbangan tenaga dan fikiran yang menjadi aspirasi negara untuk memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, dan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

Program kemudian diteruskan lagi dengan bacaan Surah Yaa Siin sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Membaca Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Program Keagamaan Senegara kali ini bertemakan 'Menjayakan Wawasan Negara Ke Arah Mencapai Wawasan Brunei 2035', di mana amatlah penting bagi rakyat negara ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, menyediakan diri dalam pembangunan negara, serta meningkatkan daya saing, berinovatif, kreatif, membangun ekonomi, politik, sosiobudaya, keselamatan dan sebagainya.

 

Dalam konteks pelajar berwawasan, pelajar yang berkualiti memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Wawasan Negara. Pelajar yang berkualiti dan berpotensi merupakan pemangkin kecemerlangan negara yang maju setanding dengan negara maju yang lain.

 

Pelajar yang berjaya dalam pelbagai sudut bidang kehidupan, bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi juga dalam sahsiah dan berakhlak mulia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04