FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Insurans Islam TAIB Hargai Khidmat Ejen


PENGARAH Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd., Awang Haji Osman bin Haji Md. Jair ketika menyampaikan anugerah kepada Axsel Jaya Insurance Agency Sdn Bhd yang telah menerima Anugerah Pencapaian Terbaik untuk kali kedua berturut-turut.

 


 December 18th, 2018  |  11:42 AM  |   767 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi menghargai kerja keras dan juga perkhidmatan cemerlang para ejen, Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn. Bhd. (IITGT) telah menganjurkan Agents Appreciation Day 2018 yang berlangsung di Tarindak D'Seni di ibu negara.

 

Antara yang hadir ialah Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. (IITH), Pengurus Kanan dan Pengurus IITGT dan IIT Keluarga Takaful, kakitangan IIT serta ejen.

 

Acara tersebut diadakan sebagai platform untuk menunjukkan penghargaan, berinteraksi dan mengumpulkan maklum balas daripada pelanggan melalui ejen kami dalam persekitaran yang santai dan menyeronokkan. Acara seumpama ini mula dianjurkan pada tahun 2013 dan memperkenalkan Wakil Development Scheme pada tahun 2016.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat serta ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan IITH, Awang Haji Osman bin Haji Md. Jair dan diteruskan acara penyampaian anugerah untuk sokongan dan sumbangan ejen serta pencapaian jualan yang cemerlang.

 

Awang Haji Osman menyampaikan anugerah kepada 30 penerima yang berjaya mencapai sasaran dan Axsel Jaya Insurance Agency Sdn. Bhd. telah menerima Anugerah Pencapaian Terbaik untuk kali kedua berturut-turut.

 

IITGT juga mempelawa para jemputan menikmati hidangan minum petang yang mewah dan menyediakan beberapa permainan serta aktiviti cabutan bertuah dan cabaran peserta terawal.

 

IITGT juga baru-baru ini menjadi syarikat insurans pertama yang melancarkan aplikasi IIT Mobile untuk perkhidmatan pelanggannya bagi memudahkan perkhidmatan dan membolehkan pelanggan mendapatkan sebut harga produk tertentu dengan lebih cepat.

 

Sebagai tambahan perkhidmatan digital, IITGT mempunyai pelbagai perancangan projek bagi tahun 2019 untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih cepat dan responsif.

 

Agents Appreciation Day 2018 adalah inisiatif yang boleh mendekatkan IITGT dengan para ejen, di samping untuk terus menyalurkan bantuan kepada mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15