FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Beri Pengalaman Menarik Kepada Peserta


JURULATIH Persatuan Pengakap Miri Sarawak, Malaysia, Fauziah binti Pata

 


 December 18th, 2018  |  11:37 AM  |   395 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama 2018 (1st ASEAN Rover Moot 2018 - 1st ARM) sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap Kelana Sedunia dan Sambutan 85 Tahun Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) yang diadakan telah memberikan pengalaman yang menarik dan berharga kepada para peserta dalam sama-sama merapatkan jalinan hubungan sesama pengakap seluruh negara anggota ASEAN.

 

Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, beberapa peserta yang menyertai perhimpunan tersebut rata-ratanya melahirkan perasaan gembira dan mengongsikan pengalaman yang menarik bagi diri mereka.

 

Fauziah binti Pata, iaitu Jurulatih Persatuan Pengakap Miri Sarawak, Malaysia melahirkan perasaan gembira kerana Brunei dapat mendedahkan selepas persekolahan masih ada lagi aktiviti pengakap untuk anak-anak sekolah.

 

Jelasnya, ramai yang berpendapat bahawa selepas sekolah tidak ada aktiviti pengakap, tetapi kita lihat inilah dari mata dunia bahawa pengakap masih ada lagi sehingga sampai bila-bila.

 

"Dari sekolah sekarang kita jadi pemimpin, jadi anak-anak muda (kelana-kelana muda) ini adalah pelapis.

 

Apabila disebut kelana, mereka berasa boleh memimpin dan mereka boleh mengajar adik-adik mereka lagi untuk menganti pemimpin untuk terus maju ke hadapan dan menambahkan lagi ilmu-ilmu pengakap, apatah lagi di dalam pehimpunan ini, ASEAN semua bertemu bahawa kelana boleh menjalinkan lagi hubungan di antara mereka sehingga ke antarabangsa," ujarnya.

 

Menyentuh mengenai pengalaman yang menarik semasa perhimpunan tersebut, jelasnya, memang dapat dilihat betapa seronoknya ahli-ahli pengakap dapat bertukar-tukar ilmu, kepandaian sebab ilmu pengakap ini terlalu luas dan mereka boleh mengabungkan idea mereka dan akan bawa ilmu ke negara masing-masing.

 

Manakala bagi Salaisha Farah Azzahra, salah seorang Pengakap Indonesia pula mengongsikan pengalaman indah beliau semasa menyertai perhimpunan tersebut.

 

"Pengalaman menarik adalah semasa dibawa melawat ke Daerah Tutong kerana di sana kami dapat mengeratkan hubungan sesama pengakap, di samping mempelajari kebudayaan daerah tersebut seperti melihat secara lebih dekat lagi adat perkahwinan Daerah Tutong," jelasnya.

 

Sementara itu, Mint Dao, Pengakap Rover, Viet Nam turut mengongsikan pengalaman semasa menyertai perhimpunan tersebut.

 

"Ini merupakan kali pertama saya menyertai kempen pengakap di peringkat antarabangsa dan saya berasa amat gembira berpeluang menyertai perhimpunan ini.

 

Bagi saya semua peserta begitu ramah dan saya juga berpeluang mengenali teman baharu melalui perhimpunan kelana ini," ujarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15