FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Pertahanan - Media Kukuhkan Hubungan, Teroka Potensi Kerjasama


MENTERI Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat majlis ketika berinteraksi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media Tempatan dan Swasta di Negara B

 


 December 14th, 2018  |  12:20 PM  |   552 views

TANAH JAMBU

 

Kementerian Pertahanan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Media Tempatan dan Swasta di Negara Brunei Darussalam, bertempat di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.

 

 Antara wakil-wakil media yang hadir pada majlis bertema 'Rakan Media, Rakan Strategik' tersebut ialah Radio Televisyen Brunei (RTB); Jabatan Penerangan; Balai Kenangan Istana Nurul Iman; Borneo Bulletin; Media Permata; The Brunei Times; Sin Chiew News; United Daily; See Hua Daily News; The Scoop; Paragraph; dan The Bruneian.

 

 Atur Cara didahului dengan ucapan alu-aluan daripada Jurucakap Kementerian Pertahanan, Komander Norharirayati binti Yakub dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), diikuti dengan Sesi Dialog yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Awang Haji Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

 

 Dialog tersebut bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pandangan dan fikiran yang membina bagi mengukuhkan hubungan di antara Kementerian Pertahanan dan para media sambil meneroka bidang-bidang lain yang mempunyai potensi kerjasama atau perkongsian.

 

 Sesi Dialog diteruskan dengan Aktiviti Halangan (Obstacle Course) bagi memberikan peluang kepada para rakan media berinteraksi, sekali gus menimba pengalaman dalam salah satu latihan asas yang dijalankan di ABDB.

 

 Acara berakhir dengan Majlis Minum Petang bersama Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat majlis.

 

 Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera; Timbalan Setiausaha Tetap; pengarah-pengarah awam; dan tentera.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24