FacebookInstagramTwitterContact

 

His Majesty arrives in Phnom Penh           >>           His Majesty left Bangkok           >>           Royal Audience           >>           A-League Record Goal-Scorer Jamie Maclaren To Leave Melbourne City           >>           Taylor Swift And Travis Kelce's Vegas PDA Will Have You Feeling So High School           >>           Barbra Streisand Shamelessly Asks Melissa Mccarthy About Ozempic Use           >>           Evidence For Planet 9 Found In Icy Bodies Sneaking Past Neptune           >>           The Instax Mini 99 Could Pass For A Real Fujifilm Camera           >>           The excellent and customizable Arc Browser is now fully available on Windows           >>           Tesla is reportedly getting 'absolutely hard core' about more layoffs, according to Elon Musk           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Perkhidmatan Kaji Cuaca Penerbangan Bertaraf Antarabangsa


MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof menyampaikan Sijil Kompetensi AMP.YANG Berhormat Menteri Perhubungan semasa menyaksikan mini pameran pada Majlis Penyampaian Sijil Kompetensi Bagi Aeronautical Meteorological Personnel (AMP)

 


 December 14th, 2018  |  12:16 PM  |   505 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 25 Pegawai Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Perhubungan yang lulus di dalam Penilaian Kompetensi BDMD buat pertama kalinya menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaian Sijil Kompetensi Aeronautical Meteorological Personnel (AMP).

 

Majlis penyampaian tersebut berlangsung di D'Anggerek Serviced Apartment, Berakas dan disempurnakan oleh tetamu kehormat, Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

 

Penerima-penerima sijil AMP terdiri daripada empat Pegawai Kajicuaca dan 21 Pemerhati Kajicuaca yang terlibat secara langsung dalam pemberian khidmat cuaca penerbangan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).

 

Semasa berucap pada majlis tersebut, Yang Berhormat menyatakan bahawa peningkatan kapasiti kaji cuaca bagi warga tempatan merupakan satu kemajuan yang patut dibanggakan. Kemajuan ini juga sangat relevan dalam era dan persekitaran ekonomi digital masa kini, di mana penyebaran maklumat tepat, cepat dan boleh diharap (reliable) melalui teknologi terkini sangat penting dalam memudah cara ketersediaan atau 'preparedness' orang ramai dalam menangani cuaca ekstrem khususnya. Inilah yang merupakan cabaran terkini yang diusahakan untuk ditangani bersama demi kesejahteraan pihak-pihak tertentu serta masyarakat awam amnya.

 

Penilaian Kompetensi merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kompetensi (Competency Management System) yang bertujuan untuk memastikan semua Pegawai Kajicuaca dan Pemerhati Kajicuaca adalah kompeten dalam memberikan perkhidmatan kaji cuaca penerbangan. Pelaksanaan Penilaian Kompetensi ini adalah komitmen BDMD untuk memenuhi keperluan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) seperti yang dinyatakan dalam Dokumen International Civil Aviation Organization (ICAO) Annex 3, yang mana negara-negara ahli dikehendaki untuk mematuhi kehendak Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) dengan memastikan setiap AMP mempunyai kelayakan dan latihan dalam penyediaan perkhidmatan untuk navigasi udara antarabangsa.

 

Sebagai negara ahli kepada ICAO dan WMO, Negara Brunei Darussalam, melalui BDMD mempunyai tanggungjawab dan obligasi untuk memastikan perkhidmatan kaji cuaca yang diberikan kepada semua komuniti penerbangan yang beroperasi di LTAB adalah bertaraf antarabangsa yang mematuhi dan menepati piawaian, iaitu piawaian kompetensi, kualiti dan keselamatan serta selaras dengan amalan-amalan terbaik antarabangsa.

 

Penilaian Kompetensi yang dilaksanakan dengan kitaran setiap tiga tahun akan membantu BDMD dalam memenuhi objektif operasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kaji cuaca penerbangan yang menjurus kepada keselamatan orang ramai dan para penumpang pesawat di LTAB. Ia juga akan memastikan setiap Pegawai Kajicuaca dan Pemerhati Kajicuaca yang bertugas di LTAB memenuhi kriteria pelaksanaan tugas-tugas yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan kemahiran dan kebolehan anak-anak tempatan ke tahap antarabangsa dan seterusnya membolehkan BDMD menentukan keperluan latihan yang berterusan.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi, pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua eksekutif, pegawai-pegawai BDMD serta jemputan-jemputan khas daripada agensi penerbangan yang beroperasi di LTAB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41