FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Festival Seni Dan Kraf Tutong 2018 Dilancarkan


TETAMU kehormat seterusnya dijemput untuk melawat pameran pada festival berkenaan.ANTARA pameran pada festival berkenaan

 


 December 14th, 2018  |  12:01 PM  |   325 views

TUTONG

 

Festival Seni dan Kraf Tutong 2018 merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan keceriaan kawasan Pekan Tutong sebagai Pusat Pentadbiran, Daerah Tutong melalui pengendalian aktiviti-aktiviti berkonsep, yang mana pada bulan September 2018 lalu diadakan Karnival Lakanon.

 

Manakala pada aktiviti berkonsep kali ini memfokuskan aspek seni dan kraf dengan tema festival, iaitu 'Seni dan Kraf untuk Semua', yang memberikan makna bahawa seni dan kraf adalah salah satu khazanah yang perlu dimartabatkan dan dipertahankan kerana ia adalah antara nadi kehidupan berbudaya untuk semua lapisan masyarakat.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim selaku Pengerusi Bersama pada Majlis Pelancaran Festival Seni dan Kraf Tutong 2018 yang berlangsung di Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong, Pekan Tutong, di sini.

 

Awang Haji Azmi seterusnya menjelaskan, pemilihan Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong sebagai tempat festival adalah bertepatan dengan konsep acara, memandangkan bangunan itu merupakan warisan sejarah dan salah satu mercu tanda kemajuan Daerah Tutong dengan lokasinya yang strategik, iaitu di Pekan Tutong.

 

"Dalam usaha untuk merealisasikan penggunaan Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong ini bagi Festival Kraf dan Seni, beberapa usaha pembaikan dan pembersihan dilaksanakan melalui kaedah bergotong-royong dengan mengadakan kempen-kempen bersepadu sejak November 2018 lalu," terang beliau.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan festival berkenaan ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung dan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

 

Festival yang diadakan selama empat hari, bermula hari ini hingga 16 Disember tersebut diisikan dengan pelbagai aktiviti, antaranya pameran seni lukis oleh Forum Kesenian Brunei; pameran gambar-gambar nostalgia Daerah Tutong; demonstrasi dan pameran kraf tangan; pameran barang-barang antik; pameran pelancongan Destinasi Tutong; dan jualan produk Satu Kampung Satu produk (1K1P).

 

Selain itu, ia juga dimeriahkan lagi dengan acara-acara menarik, termasuk acara Mari Berpantun Semukim; Kuiz Bahasa Masyarakat Daerah Tutong; Kuiz 1K1P; peraduan seni Lukis; bengkel seni lukis; dan bengkel menambat dastar dan menapih sinjang.

 

Festival Seni dan Kraf ini dikendalikan bersama Jabatan Daerah Tutong; Jabatan Bandaran Tutong; dan Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong yang dirancang untuk dijadikan sebagai salah satu acara tahunan di Pekan Tutong.

 

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke festival berkenaan bagi sama-sama memeriahkan lagi suasana di Pekan Tutong pada musim cuti persekolahan ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24