FacebookInstagramTwitterContact

 

Press Conference on Fellowship Programme for Neurocritical Care           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Executive Committee for National Family Day 2024 Celebration Meeting           >>           Nationwide Cleaning Campaign           >>           National Adau Gayoh Festival           >>           Exhibition highlights Discovery of Artefact Collections           >>           Beads Exhibition: 1000 Years           >>           Haj Management Preparation Meeting           >>           Arrival of Haj Management Officers           >>           Doa Selamat Ceremony for Intending Haj Pilgrims, Ministry of Culture, Youth and Sports National           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sesi Perbincangan Pertama Sesi Wayang Kitani


PROFESOR Mark Shepherd daripada University of Southern California dan Rano Iskandar yang merupakan 'Influencer' Media Sosial Brunei yang pertama semasa dijemput menjadi panel pada Sesi Perbincangan Pertama tersebut yang dimoderator oleh Alex Fischer.

 


 December 12th, 2018  |  08:21 AM  |   221 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Film Blitz meneruskan lagi usahanya dalam menyediakan platform bagi pembuat filem tempatan untuk mempamerkan filem, filem pendek ataupun mana-mana karya

 

yang mereka hasilkan dengan mengungkayahkan Sesi Wayang Kitani.

 

Sesi Wayang Kitani tersebut diadakan pada setiap malam rabu bermula 11 hingga 25 Disember, bertempat di Aras 3, Plaza Athirah, Bandar Seri Begawan, di sini.

 

Hadir selaku moderator pada Sesi Perbincangan Pertama ialah Alex Fischer.Manakala hadir selaku panel

 

 ialah Dayang Siti Kamaluddin yang merupakan Pengarah Filem Brunei Pertama; Profesor Mark Shepherd daripada University of Southern California; Dr. Jana Heilmaier daripada Universiti Brunei Darussalam dan Rano Iskandar yang merupakan 'Influencer' Media Sosial Brunei yang pertama.

 

Antara topik-topik yang dibincangkan ialah mencari identiti skrin nasional bagi Negara Brunei Darussalam, membincangkan tentang pembuatan sebuah filem tersebut yang mempunyai unsur-unsur Brunei yang mentakrifkan identiti Brunei dalam sesebuah filem.

 

Panel juga meneruskan perbincangan mengenai pencarian harta intelek dan bagaimana ia dapat memainkan peranan yang besar dalam melindungi idea dan pemilikan pembuatan perfileman Brunei.

 

Negara Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang masih lagi asing dengan pawagam, masih banyak kisah yang belum diberitahu dan lokasi yang boleh dibuka untuk produksi asing.

 

Oleh itu, Negara Brunei Darussalam masih lagi mempunyai peluang untuk melahirkan idea-idea baharu dan kreatif dalam menghasilkan formula yang sempurna untuk pawagam negara (national cinema), seterusnya panel membincangkan mengenai pertubuhan tersebut dan siapakah yang harus menggalas tanggungjawab tersebut.

 

Sesi Wayang Kitani adalah sebahagian daripada beberapa program yang dirancang semasa lawatan Duta Kesenian Amerika Syarikat Pertama ke Negara Brunei Darussalam, Mark Shepherd.

 

Orang ramai yang berminat adalah dialu-alukan hadir dengan menempah tempat duduk bagi acara Brunei Film Blitz Bertemu Mark Shepherd dengan melayari 'www.bruneifilmblitz.org' atau menghubungi melalui talian +673 8188777.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 00:12:48