Home > Bahasa Melayu
Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Persidangan Islam Antarabangsa
TIMBALAN Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin bertolak ke Makkah, Arab Saudi bagi menghadiri Persidangan Islam Antarabangsa yang akan berlangsung selama dua hari bermula pada 12 sehingga 13 Disember.
December 11th, 2018 | 07:16 AM | 324 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin bertolak ke Makkah, Arab Saudi bagi menghadiri Persidangan Islam Antarabangsa yang akan berlangsung selama dua hari bermula pada 12 sehingga 13 Disember.
Persidangan Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Muslim World League (MWL) bertema ''Perpaduan Islam : Risiko Pengklasifikasian dan Pengecualian'' tersebut diadakan di Makkah Hilton Convention Hotel.
Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Pemangku Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Awang Haji Abd. Rahman bin Pengarah Haji Mokti.
MWL adalah satu pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Makkah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun 1962 dan antara lain bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri Islam yang sebenar dengan prinsip toleransinya, memberikan bantuan kemanusiaan, memperluas jaringan dialog dan kerjasama dengan semua ahli.
Pertubuhan itu banyak membiayai projek-projek pembinaan masjid di seluruh dunia, bantuan kewangan bagi umat Islam yang ditimpa bencana alam dan pengedaran naskhah-naskhah Al-Quran.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]