FacebookInstagramTwitterContact

 

Brown Rice Is A Nutrient-Dense Food That Can Lower Cholesterol Levels And Prevent The Formation Of Blood Clots           >>           Ginger And Rosemary Oil Found To Lower Cholesterol Levels           >>           New Research Finds That Higher Levels Of Vitamin D Are Linked To Better Exercise Capacity           >>           Camille Kostek And Rob Gronkowski Privately Broke Up And Got Back Together           >>           Sophie Turner And Joe Jonas' Youngest Daughter's Name Revealed           >>           World’s Smallest Fish Finger Sandwich Weighs The Same As A Single Pea           >>           Shell Suit Fashion: Pet Owner Knits Colourful Cosies For Tortoise Friends           >>           How NASA's Ingenuity Helicopter Opened The Mars Skies To Exploration           >>           Apple brings eye-tracking to recent iPhones and iPads           >>           Real Sociedad's Biggest Error: Letting Sørloth Join Villarreal           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB


SERAH Terima Tugas bekas Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah (kiri) dengan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baharu dilantik, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin H

 


 August 18th, 2018  |  08:41 AM  |   1270 views

RIMBA

 

Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat telah dilantik sebagai Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baharu, mengambil alih daripada Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah dalam Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB bertempat di Pangkalan Tentera Udara, Rimba.

 

Dalam upacara yang disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan semua warga anggota TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar menerima Tabik Hormat, dan seterusnya memeriksa barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 109 anggota TUDB di bawah perintah Mejar (U) Pengiran Mohammad Azizul bin Pengiran Mohammad Yussof.

 

Dalam ucapan perpisahan beliau, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih yang tidak terhingga ke hadapan majlis Kebawah DYMM di atas limpah perkenan serta kepercayaan baginda melantik beliau untuk menerajui tampuk pemerintahan TUDB selama hampir tiga tahun.

 

Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar juga melanjutkan penghargaan kepada semua lapisan peringkat warga TUDB di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan di sepanjang perkhidmatan beliau.

 

Beliau menekankan bahawa sumber tenaga manusia adalah sangat penting dalam pembangunan organisasi yang berwibawa di mana nilai-nilai seperti kejujuran, amanah dan taat setia perlu ditanamkan di dalam sanubari setiap anggota TUDB untuk membina TUDB yang mantap di atas nilai terasnya.

 

Upacara diteruskan dengan Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB bersama Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat bagi menandakan rasminya penyerahan tugas Pemerintah TUDB, yang kemudian diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan menerima Tabik Hormat Perpisahan.

 

Upacara Serah Terima Tugas Pemerintah TUDB kemudiannya diteruskan dengan Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, yang baharu menerima Tabik Hormat serta memeriksa barisan Kawalan Kehormatan, diikuti dengan memberikan ucapan sebagai Pemerintah TUDB yang ke-14.

 

Sebelum pelantikan beliau yang baru, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah telah memegang jawatan sebagai Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sejak tahun 2014.

 

Beliau menyertai ABDB pada tahun 1988 dan telah menjalani 'Initial Officer Training di Royal Air Force' (RAF) Cranwell, United Kingdom.

 

Dalam kerjaya tentera, beliau antaranya telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah Sekolah Latihan Penerbangan (FTS), Pegawai Pemerintah (CO) Operation Wing dan Ketua Staf Angkatan Bersama.

 

Dalam ucapan pertama beliau sebagai Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah memulakan ucapan dengan merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda di atas limpah perkenan serta kepercayaan baginda untuk beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai Pemerintah TUDB yang baharu.

 

Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar di atas sumbangan yang signifikan dalam memajukan TUDB semasa masa perkhidmatan beliau.

 

Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama, komitmen, disiplin serta nilai-nilai kerohanian berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja.

 

Pemerintah TUDB kemudian menjemput Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar ke Majlis Penanaman Pokok yang disaksikan oleh pegawai-pegawai TUDB.

 

Semasa acara perpisahan, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar berarak bersama dengan pegawai-pegawai dan anggota TUDB di sepanjang jalan utama Pangkalan TUDB ke Pusat Pergerakan Udara (PGU) sebelum menaiki pesawat Blackhawk bagi penerbangan terakhir beliau.

 

Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah telah mendaftar ke ABDB pada tahun 1986, di mana beliau telah berkhidmat dengan cemerlang selama 32 tahun dan memulakan kerjaya penerbangan operasinya di No. 1 Skn, Operations Wing (kini dikenali sebagai 11 Skn, No. 1 Wing).

 

Beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Pemerintah Training Wing (kini dikenali sebagai No. 7 Wing), Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, dan Pengarah Pembangunan Keupayaan Tentera, sebelum menjadi Timbalan Pemerintah TUDB dan akhirnya, Pemerintah TUDB.

 

Pada 10 Ogos 2018, pada menjunjung titah perintah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Jailed Thai Activist, 28, Dies After Hunger Strike

 2024-05-15 03:24:38

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34