Home > Bahasa Melayu
Brunei Muara Juara Kejohanan Lawan Pedang Kebangsaan Brunei Ke-3
April 24th, 2018 | 11:11 AM | 323 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Persekutuan Lawan Pedang Brunei Darussalam (BDFF) telah menganjurkan Kejohanan Lawan Pedang Kebangsaan Brunei Ke-3, 2018 pada 22 April lalu di Kompleks Sukan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.
Majlis penyampaian hadiah diadakan pada hari tersebut bagi acara Individu Sabre Lelaki, Epee Lelaki, Foil Lelaki, Sabre Wanita, Foil Wanita, Epee Wanita dan Acara Campuran Foil Kanak-Kanak.
Ahli Majlis Mesyuarat, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad menyampaikan pingat kepada para pemenang bagi acara perseorangan.
Turut hadir ialah Presiden BDFF, Awang Haji Kassim Bakar dan Setiausaha Agung BDFF, Mejar (U) Nashriq Moksin.
"Matlamat dan objektif Kejohanan Lawan Pedang Kebangsaan Brunei adalah untuk memberikan pengalaman persaingan untuk para pemain pedang di Brunei, juga sebagai platform untuk pemilihan atlet dalam pertandingan antarabangsa dan serantau, serta untuk mempromosikan lawan pedang di Brunei," kata Setiausaha Agung BDFF, Mejar (U) Nashriq Moksin.
Pada kejohanan tersebut, Brunei Muara meraih sebanyak 10 pingat sekali gus merangkul gelaran juara. Sementara itu, Athos dan IPT meraih lima pingat keseluruhan, manakala MS ABDB memungut 3 pingat dan Kuala Belait meraih 1 pingat sahaja.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]