FacebookInstagramTwitterContact

 

Opening of Registration for Penilaian Sekolah Rendah 2024           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Blood Donation Campaign           >>           Participate in Overseas Learning Journey Programme           >>           Endowment of UNISSA's Mushaf Handover Ceremony           >>           Launching of Prototype Vehicle           >>           Final of the National Musabaqah Al-Quran Reading 2024           >>           Final Preparation to Welcome the Arrival of Haj Pilgrims           >>           Doa Kesyukuran for Intending Haj Pilgrims           >>           Healthcare Leadership Programme Opening Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Piala FA Brunei - DST 2017 MS PDB Mara Ke Perlawanan Akhir


PERLAWANAN sengit antara MS ABDB dan MS PDB yang berkesudahan dengan tendangan penalti dan sekaligus menyebelahi pasukan MS PDB 6 -5

 


 March 24th, 2018  |  09:47 AM  |   1955 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Harapan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) untuk mara ke Peringkat Akhir Piala FA Brunei - DST 2017 punah apabila tewas di tangan Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) dengan jaringan 6 - 5 hasil penentuan sepakan penalti selepas terikat dengan jaringan 1-1 pada perlawanan peringkat separuh akhir kedua yang berlangsung malam ini di Kompleks Sukan Berakas, di sini.

 

Pada babak pertama perlawanan tersebut, MS ABDB berjaya menjaringkan gol hasil tendangan Lans Koperal 15656 Awangku Md. Safri bin Pengiran Haji Othman pada minit ke-58.

 

Namun pada babak kedua, MS PDB berjaya menyamakan kedudukan setelah APO 7071 Abg Azim bin Abdul Rashid berjaya menjaringkan gol pada minit ke-77.

 

MS PDB bakal bertemu dengan Pasukan Indera SC pada peringkat akhir piala berkenaan bagi merebut gelaran juara.

 

Semasa Pelita Brunei menemu bual Timbalan Pengurus Pasukan MS PDB, Lans Koperal 5057 Danial Harris melahirkan ucapan tahniah kepada pemain MS PDB di atas kerja keras mereka pada malam ini.

 

Jelasnya, bukan senang bermain menentang Pasukan MS ABDB kerana mereka adalah sebuah pasukan juara Liga Super DST 2018.

 

"Syukur alhamdulillah dengan disiplin pemain yang ada dan mendengar arah dari Jurulatih Pasukan MS PDB berjaya ke peringkat akhir," ujarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20