Home > Bahasa Melayu
Brunei - Korea tingkat kerjasama pertukaran budaya
January 16th, 2018 | 11:55 AM | 1422 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Para pencinta seni di negara ini berpeluang untuk melihat sendiri karya seni yang unik dari Republik Korea menerusi Festival Seni Moden Korea 2018 (Korean Modern Art Festival 2018).
Festival disertai lebih 100 artis seni lukis dari negara tersebut yang dirasmikan di The Empire Hotel & Country Club, di sini.
Pada majlis tersebut juga menyaksikan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Brunei Arts Forum dan The Korean Fine Arts Association bagi kerjasama dalam pertukaran budaya.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatanganan memorandum tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Menandatangani bagi pihak Brunei Art Forum ialah Presidennya, Dato Paduka Awang Haji Shofry bin Haji Abdul Ghafor, manakala The Korean Fine Arts Association ditandatangani oleh Presidennya, Lee Bum-Hun.
Festival anjuran The Korean Fine Arts Association itu diselenggarakan oleh Sinar Tour Sdn. Bhd. dengan gabungan utama Brunei Arts Forum, Creative Space Brunei dan Kedutaan Korea di Negara Brunei Darussalam.
Pameran tersebut turut dihadiri oleh lebih daripada 100 artis seni termasuk Koo Jae-seung, Kim Bo-yeon dan Jin-Kwan Hui, yang mewakili seni kontemporari Korea.
Pameran juga dapat meningkatkan hubungan kerjasama budaya antara Brunei Darussalam dan Korea Selatan.
Pameran dibukakan bagi kunjungan orang ramai sehingga 18 Januari ini bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]