FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



National


  Home > National


Tinjau Perkembangan Pembelajaran di SMALHB


Isnin, 16 Januari. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hari ini meneruskan siri lawatannya ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Kilometer 2, Jalan Tutong. Lawatan tersebut bertujuan bagi menzahirkan keprihatinan dan sokongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) atas usaha-usaha Jabatan Pengajian Islam dan pimpinan sekolah Arab terhadap segala persiapan, penilaian, strategi dan sasaran pihak sekolah. Ketibaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan dialu-alukan oleh Pengetua SMALHB, Hajah Norjainah binti Haji Buntar serta guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan. Turut menyertai lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap, KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajijah binti Haji Moktal. Yang Berhormat ketika ditemui berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk menzahirkan dorongan KHEU terhadap usaha-usaha Jabatan Pengajian Islam dan pimpinan sekolah Arab dalam persiapan, penilaian, strategi dan sasaran sekolah Arab. Menurut Yang Berhormat, pada masa ini SMALHB mempunyai 650 orang penuntut semuanya dan memilih ke aliran umum adalah dalam sekitar 86 orang. Hal itu ujar Yang Berhormat, menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai kepercayaan kepada sekolah pendidikan aliran Arab di mana anak-anak mereka mempunyai kesempatan serta mempunyai peluang iaitu pertama mendapat pendidikan ugama, kedua mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran jika anak-anak mereka itu mempunyai kelulusan yang bersesuaian bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi. 160117 MASRI002 SMALHB YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa membuat lawatan ke kelas-kelas Pra U1 dan beramah mesra dengan penuntut-penuntut di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah sesi pengajian 1438H/2017M Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjelaskan bahawa, persekolahan Arab merupakan salah satu aliran pendidikan mainstream di negara ini yang menyediakan prasarana pendidikan yang seimbang dalam ugama Islam, akademik dan Bahasa Arab. Yang Berhormat juga menekankan bahawa program-program memperkasa penggunaan Bahasa Arab yang dijalankan di sekolah-sekolah Arab akan dapat mewujudkan suasana berbahasa Arab dan dikembangkan untuk memudahkan lagi pemahaman Bahasa Al-Quran yang telah diusahakan dari segi bacaan, hafalan dan tafsir. SMALHB juga mengadakan Majlis Pendaftaran Kemasukan Pelajar-Pelajar Baharu Pra-U 1. Menteri Hal Ehwal Ugama berkesempatan untuk berinteraksi dan memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar baharu Pra-U 1 dan ibu bapa serta penjaga mereka yang memilih untuk melanjutkan pelajaran di SMALHB. Majlis Pendaftaran tersebut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu dan ibu bapa serta penjaga mereka tentang pentadbiran, akademik, hal ehwal pelajar dan kokurikulum sekolah. Ia diselajurkan dengan sesi ta'aruf (pengenalan) agar pelajar-pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru serta menjalinkan silaturahim sesama warga sekolah. Seramai 347 pelajar berjaya masuk ke Pra-U 1 di SMALHB tahun ini, iaitu 190 pelajar dalam jurusan Syariah, 88 orang pelajar dalam Jurusan Usuluddin, 21 pelajar dalam Jurusan Lughah Arabiah (Bahasa Arab), 20 pelajar dalam Jurusan Umum 1 dan 28 orang pelajar dalam Jurusan Umum 2. |PHOTO COURTESY : PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 January 17th, 2017  |  10:09 AM  |   1143 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 16 Januari. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hari ini meneruskan siri lawatannya ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), Kilometer 2, Jalan Tutong.

 

Lawatan tersebut bertujuan bagi menzahirkan keprihatinan dan sokongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) atas usaha-usaha Jabatan Pengajian Islam dan pimpinan sekolah Arab terhadap segala persiapan, penilaian, strategi dan sasaran pihak sekolah.

 

Ketibaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan dialu-alukan oleh Pengetua SMALHB, Hajah Norjainah binti Haji Buntar serta guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

 

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap, KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajijah binti Haji Moktal.

 

Yang Berhormat ketika ditemui berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk menzahirkan dorongan KHEU terhadap usaha-usaha Jabatan Pengajian Islam dan pimpinan sekolah Arab dalam persiapan, penilaian, strategi dan sasaran sekolah Arab.

 

Menurut Yang Berhormat, pada masa ini SMALHB mempunyai 650 orang penuntut semuanya dan memilih ke aliran umum adalah dalam sekitar 86 orang.

 

Hal itu ujar Yang Berhormat, menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai kepercayaan kepada sekolah pendidikan aliran Arab di mana anak-anak mereka mempunyai kesempatan serta mempunyai peluang iaitu pertama mendapat pendidikan ugama, kedua mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran jika anak-anak mereka itu mempunyai kelulusan yang bersesuaian bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi.

 

160117 MASRI002 SMALHB

 

YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa membuat lawatan ke kelas-kelas Pra U1 dan beramah mesra dengan penuntut-penuntut di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah sesi pengajian 1438H/2017M

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjelaskan bahawa, persekolahan Arab merupakan salah satu aliran pendidikan mainstream di negara ini yang menyediakan prasarana pendidikan yang seimbang dalam ugama Islam, akademik dan Bahasa Arab.

 

Yang Berhormat juga menekankan bahawa program-program memperkasa penggunaan Bahasa Arab yang dijalankan di sekolah-sekolah Arab akan dapat mewujudkan suasana berbahasa Arab dan dikembangkan untuk memudahkan lagi pemahaman Bahasa Al-Quran yang telah diusahakan dari segi bacaan, hafalan dan tafsir.

 

SMALHB juga mengadakan Majlis Pendaftaran Kemasukan Pelajar-Pelajar Baharu Pra-U 1.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama berkesempatan untuk berinteraksi dan memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar baharu Pra-U 1 dan ibu bapa serta penjaga mereka yang memilih untuk melanjutkan pelajaran di SMALHB.

 

Majlis Pendaftaran tersebut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu dan ibu bapa serta penjaga mereka tentang pentadbiran, akademik, hal ehwal pelajar dan kokurikulum sekolah.

 

Ia diselajurkan dengan sesi ta'aruf (pengenalan) agar pelajar-pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru serta menjalinkan silaturahim sesama warga sekolah.

 

Seramai 347 pelajar berjaya masuk ke Pra-U 1 di SMALHB tahun ini, iaitu 190 pelajar dalam jurusan Syariah, 88 orang pelajar dalam Jurusan Usuluddin, 21 pelajar dalam Jurusan Lughah Arabiah (Bahasa Arab), 20 pelajar dalam Jurusan Umum 1 dan 28 orang pelajar dalam Jurusan Umum 2.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by BruDirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54