FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Mempertingkatkan Nilai Tambah Program Lebih Inklusif


Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 11th, 2024  |  05:36 AM  |   78 views

TEMBURONG

 

Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) diharap akan terus menghasilkan belia-belia negara yang cemerlang, yang bertanggungjawab dan berdisiplin, yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dibanggakan.

 

Sukat-sukat kepimpinan yang dibanggakan itu ialah apabila para belia bersedia untuk menyumbangkan khidmat bakti mereka kepada ummah dan negara, walaupun tanpa imbalan berupa mata benda.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menitahkan perkara tersebut pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan PKBN Ke-12 bertempat di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, Temburong, di sini.

 

“Kesediaan seperti ini memang sukar didapati tetapi beta yakin para belia kita di negara ini boleh dipercayai sebagai tidak menghampakan. Terutama para belia di era merdeka, mereka malu untuk menarik diri dari perjuangan memperkasa bangsa dan negara. Mereka sedar bahawa mereka adalah ejen masa depan yang cepat berubah. Mereka tidak sanggup untuk menunggu lama-lama sebarang perubahan yang menjadi sasaran," titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Baginda seterusnya bertitah ingin melihat program tersebut akan dapat dipertingkatkan lagi melalui nilai tambah ke arah program yang lebih holistik dan inklusif termasuk dengan mengambil kira peringkat kecerdasan (level of fitness) dan juga kesihatan mental (mental health) para pelatih.

 

Ke arah itu, titah baginda, sokongan dan dukungan oleh institusi keluarga titah baginda adalah sangat penting dalam sama-sama mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pelatih-pelatih meraih kecemerlangan, dengan mengambil kira semua elemen-elemen ini, insyaaAllah PKBN akan lebih inklusif dan boleh memberikan kesan yang berpanjangan kepada cara hidup para pelatih sehingga menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

 

Sebagai langkah ke hadapan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berharap PKBN ini akan dapat juga melatih lebih ramai lagi para belia seperti melibatkan lepasan-lepasan Institusi Pendidikan Tinggi supaya kesan baik daripadanya boleh memberikan belia-belia kemahiran dan keyakinan untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan sekali gus mencapai matlamat Wawasan Negara 2035.

 

Terdahulu dalam titah, baginda mengucapkan syabas kepada pelatih-pelatih PKBN di atas pertunjukan perbarisan yang penuh semangat dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada semua 469 orang pelatih PKBN Pengambilan Ke-12 di atas kecekalan mereka mengikuti latihan selama 14 minggu dengan penuh semangat dan sabar.

 

“Ini bererti seramai lebih 4,000 belia telah pun berjaya mengikuti latihan ini sejak penubuhan PKBN 11 tahun yang lalu. Beta turut berbangga di atas pencapaian ini sambil tidak lupa merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga di atas dorongan dan sokongan mereka untuk kejayaan program ini," titah baginda.

 

Mengakhiri titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak pengurusan dan para jurulatih PKBN atas usaha mereka melatih dan mendidik para pelatih.

 

“Semoga PKBN serta Kem PKBN akan terus berkembang maju dan sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal Alamin," titah baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07