FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Adakan Lawatan Ke Kyoto


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 11th, 2024  |  05:31 AM  |   79 views

KYOTO

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Kyoto, Jepun, hari ini.

 

Berangkat bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah.

 

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri mula-mula berangkat mengadakan lawatan ke Kyoto Sento Imperial Palace, di mana DYTM dan YTM disembahkan penerangan mengenai sejarah istana berkenaan dan melawat beberapa kawasan di istana tersebut.

 

Kyoto Sento Imperial Palace telah dibina pada tahun 1630 sebagai istana persaraan bagi Maharaja Gomizunoo dan telah menjadi istana persaraan bagi maharaja-maharaja yang seterusnya. Bangunan istana yang asal terbakar pada tahun 1854 dan walaupun tidak dibina semula akan tetapi taman istana dan astaka-astaka teh, kekal menjadi tarikan utama tempat tersebut.

 

DYTM dan YTM kemudian berangkat ke Kinkaku-ji, yang juga dikenali sebagai Golden Pavilion di mana DYTM dan YTM telah disembahkan penerangan serta mengadakan lawatan ke Kuil Zen Buddhist, salah satu daripada 17 lokasi di bawah Historic Monuments of Ancient Kyoto yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

 

Terdahulu dikenali sebagai Rokuonji, kuil berkenaan dibina pada tahun 1397 sebagai vila persaraan kepada shogun Ashikaga Yoshimitsu. Dibina untuk mencerminkan kebudayaan Kitayama yang mewah, setiap aras melambangkan reka bentuk seni bina yang berlainan dan dua aras tertinggi kuil berkenaan terkenal kerana dihiasi penuh dengan daun emas tulen. Selepas terbakar pada tahun 1950, struktur astaka pada masa ini dibina semula pada tahun 1955 bagi mencerminkan keagungan kuil tersebut.

 

Lawatan-lawatan berkenaan telah mengetengahkan usaha-usaha pihak Jepun untuk memelihara dan mempertahankan kekayaan sejarah dan keunikan budaya negara tersebut yang telah sekian lama tertubuh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07