FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Imbangan Perdagangan Disember 2023 Catat BND915.7 Juta


Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik

 


 February 26th, 2024  |  07:34 AM  |   114 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Imbangan perdagangan bagi Disember 2023 mencatatkan lebihan sebanyak BND915.7 juta.

 

Jumlah perdagangan pada Disember 2023 mencatatkan sebanyak BND2,130.7 juta, berbanding BND2,292.3 juta pada November 2023.

 

Ini adalah disumbangkan oleh nilai eksport sebanyak BND1,523.2 juta dan nilai import sebanyak BND607.5 juta.

 

Eksport pada Disember 2023 bernilai BND1,523.2 juta, dengan bahan api galian merupakan penyumbang utama eksport Negara Brunei Darussalam (NBD), iaitu sebanyak 81.9 peratus; diikuti oleh bahan kimia (17.1 peratus); dan jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.5 peratus).

 

Pasaran eksport utama pada Disember 2023 adalah Australia (26.1 peratus), diikuti oleh Republik Rakyat China (16.1 peratus) dan Singapura (14.0 peratus).

 

Komoditi eksport terbesar ke negara-negara berkenaan adalah bahan api galian dan bahan kimia.

 

Manakala, import pada Disember 2023 bernilai BND607.5 juta.

 

Lima komoditi import utama adalah bahan api galian (59.0 peratus), diikuti oleh jentera dan kelengkapan pengangkutan (12.2 peratus), makanan (9.1 peratus), barang-barang keluaran kilang (7.0 peratus), dan bahan-bahan kimia (6.3 peratus).

 

Sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Malaysia (47.3 peratus), diikuti Republik Rakyat China (14.2 peratus) dan Australia (12.9 peratus), dengan bahan api galian sebagai komoditi import terbesar.

 

Sebanyak 60.3 peratus import adalah digunakan sebagai barangan perantaraan bagi pemprosesan, diikuti oleh barangan modal (35.4 peratus) bagi operasi perniagaan dan barangan penggunaan (4.3 peratus) bagi kegunaan isi rumah.

 

Sebanyak 95.6 peratus jumlah perdagangan dihantar melalui pengangkutan laut, dengan 3.1 peratus oleh pengangkutan udara dan 1.3 peratus melalui darat.

 

Bagi keseluruhan 2023, nilai jumlah perdagangan adalah sebanyak BND25,149.3 juta, berbanding BND32,287.9 juta pada 2022.

 

Sementara itu, imbangan perdagangan bagi 2023 pula adalah sebanyak BND5,044.9 juta berbanding BND6,959.3 juta pada 2022.

 

Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa bagi Disember 2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES di https://deps.mofe.gov.bn.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41