FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Platform Mempromosikan Pengusaha Sate Tempatan


Alishahrin Haji Mumim

 


 February 25th, 2024  |  08:18 AM  |   143 views

TUTONG

 

Seramai 11 pengusaha sate berjaya dikumpulkan dalam acara Pesta Satay Pekan Tutong yang diadakan di Gerai Selera Tutong, hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan acara Pesta Satay tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Acara yang julung-julung kali diadakan ini merupakan salah satu inisiatif awal Jabatan Bandaran Tutong bagi menghidupkan suasana waktu malam di Pekan Tutong khususnya di Gerai Selera Tutong yang berpotensi sebagai salah satu tempat tumpuan di Daerah Tutong untuk menjamu selera bersama keluarga.

 

Pesta ini juga adalah sebagai platform untuk mempromosi pengusaha-pengusaha sate di negara ini di samping dapat mewujudkan suasana iklim perniagaan yang lebih menarik di Gerai Selera Tutong dan sekitarnya.

 

Acara berkenaan juga diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada pengusaha-pengusaha sate yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Di penghujung acara, tetamu kehormat majlis juga berpeluang untuk beramah mesra bersama dengan pengusaha-pengusaha sate yang ikut serta.

 

Turut hadir pada acara tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong serta penghulu-penghulu mukim Daerah Tutong.

 

Penganjuran Pesta Satay Pekan Tutong tersebut dikendalikan bersama oleh Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong (BKKT).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41