FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanai Jiwa Patriotik, Bersama Memajukan Negara


Khartini Hamir

 


 February 25th, 2024  |  08:15 AM  |   111 views

BERAKAS

 

Dengan memasuki usia kemerdekaan 40 tahun, banyak dilihat beberapa pencapaian dan kemajuan telah terlaksana di negara ini, walaupun negara kita tidak setara dan setanding dengan negara-negara luar.

 

Namun kita sebagai rakyat dan penduduk yang berjiwa patriotisme yang taat beragama, beraja dan bernegara patut melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana kita dapat tinggal dalam keadaan yang aman damai, sejahtera dan tenteram.

 

Selain itu, kita juga dapat menikmati beberapa kemudahan percuma yang diberikan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia seperti rawatan perubatan, pendidikan, kebajikan sosial serta kemudahan-kemudahan infrastruktur yang lain seperti hospital, sekolah, masjid, perumahan dan sebagainya.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan mengetengahkan mengenai perkara itu dalam temu bualnya bersama Pelita Brunei semasa Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 yang berlangsung secara besar-besaran di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Justeru sebagai rakyat dan penduduk di negara ini tambahnya, kita perlu sama-sama berganding bahu memajukan lagi sektor-sektor tertentu di negara ini terutama dalam sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian, pelancongan serta dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

 

Sebagai rakyat dan penduduk NBD juga katanya lagi, kita patut sama-sama mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam mencapai Wawasan Negara 2035 dan bagi para belia untuk sentiasa berusaha memajukan diri, gigih berusaha dengan mengambil peluang untuk menceburi bidang-bidang lain sesuai dengan kemajuan teknologi dunia masa kini.

 

Yang Berhormat juga menyarankan para pencari pekerjaan terutama golongan belia untuk berusaha mencari peluang lain selain berharap semata-mata untuk bekerja di sektor kerajaan dengan memantapkan lagi kebolehan diri dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan, industri dan sebagainya serta meraih pengalaman dalam menyertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan di negara ini.

 

Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) yang turut sama memeriahkan lagi perarakan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 juga melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menyertai perarakan tersebut.

 

Timbalan Yang Dipertua MKOKU, Awang Haji Noorishanuddin bin Haji Noorkaseh memanjatkan rasa syukur kerana di sepanjang 40 tahun kemerdekaan kebajikan golongan OKU di negara ini sentiasa diambil peduli oleh semua pihak-pihak berkepentingan di negara ini.

 

“Alhamdulillah banyak agensi kerajaan dan swasta mengambil inisiatif dalam memeduli golongan OKU di negara ini dengan berusaha menangani sebarang kesulitan yang kami hadapi dan sedikit sebanyak ia dapat diatasi dengan baik antaranya dengan menyediakan ruang khas dan 'accessibility' untuk golongan OKU di tempat-tempat awam, petak letak kereta serta di premis-premis perniagaan dan bangunan-bangunan," jelasnya.

 

Jika sebelum merdeka tambahnya, perhatian atau pemedulian terhadap golongan OKU mungkin sukar diperoleh atas keadaan-keadaan tertentu, namun selepas beberapa tahun merdeka pihak kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan lebih prihatin terhadap golongan OKU di negara ini.

 

Atas kesedaran semua pihak berkepentingan di negara ini juga golongan OKU telah dapat diterima tanpa sebarang diskriminasi malah diberikan sokongan pembelajaran dan diberikan peluang pekerjaan demi kelangsungan hidup serta dapat bersosialisasi dengan baik dengan semua lapisan masyarakat.

 

“Justeru besarlah harapan kami agar usaha-usaha seumpama ini sentiasa diambil perhatian tanpa memberikan sebarang pandangan atau perspektif yang negatif dan tanpa menyisihkan golongan OKU terutama golongan belia-belia OKU yang perlu diberikan kelebihan pembelajaran sedari awal baik dari segi akademik mahupun teknikal," ujarnya lagi.

 

Beliau juga turut melahirkan harapan agar perancangan di masa hadapan dapat menubuhkan Enabling Village atau Perkampungan bagi Golongan OKU di negara ini dan mendatangkan pakar-pakar tenaga dari luar negara untuk melatih golongan OKU ini dari segi pekerjaan, kemahiran diri dan sebagainya agar mereka dapat menjalankan kehidupan seharian sama seperti orang-orang biasa yang lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41