FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persembahan Padang Serlahkan Semangat Kemerdekaan, Keutuhan Bangsa


Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohamad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman, Alishahrin Haji Mumin

 


 February 25th, 2024  |  07:38 AM  |   129 views

BERAKAS

 

Segmen persembahan padang bersempena Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024, menyaksikan orang Brunei bersatu padu menghadapi cabaran sepanjang sejarah, mencerminkan semangat patriotisme, ketahanan dan tekad untuk menjaga kedaulatan, keamanan, kesejahteraan dan keutuhan negara-bangsa.

 

Tema pada tahun ini, iaitu 'Bersatu Mencapai Cita Negara' menceritakan semangat kebangsaan, kemerdekaan dan aspirasi pembangunan negara, di mana pencapaian dan perkembangan NBD selama 40 tahun ini menciptakan landasan untuk harapan dan komitmen masa hadapan.

 

Nilai dan amalan baik orang Brunei yang diwarisi akan menjamin kelangsungan hidup beraja, bernegara dan bermasyarakat menuju ke arah negara aman makmur, sebagaimana yang terdapat dalam petikan ayat 15, Surah Saba' yang bermaksud “Negara yang aman, makmur dan Tuhan Maha Pengampun".

 

Kemeriahan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, dimulakan dengan Persembahan 'Cita Bangsa, Sejarah Terukir' yang disertai kira-kira seramai 1,000 peserta, terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan, sekolah-sekolah swasta dan Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), dengan sokongan 1,800 peserta pasukan 'Human Led', 250 peserta koir mewakili kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan serta belia, dan kira-kira 130 pemain orkestra.

 

Persembahan tersebut mengimbas sejarah detik-detik pertemuan tanah Brunei oleh 14 orang adik-beradik, pimpinan Awang Alak Betatar iaitu Sultan Muhammad Shah, seterusnya pembentukan Negara Brunei Darussalam yang kaya dengan khazanah budaya dan warisan.

 

Semangat kesatuan dan perpaduan orang-orang Brunei membangun negara dan membina pertahanan menghadapi segala hambatan cabaran, melewati peristiwa Perang Kastila, Pendudukan Jepun, Kuasa British, Perang Saudara, Pemberontakan, dan COVID-19.

 

Dengan adanya kesepaduan dan kesatuan, 'Cita Bangsa Sejarah Terukir' menggapai sebuah impian, 'Negara Aman, Negara Makmur dan Negara Sejahtera'.

 

Segmen seterusnya pula ialah persembahan 'Bersatu Mempertahankan Bangsa' yang mencerminkan NBD yang sangat komited dan titih dalam mencapai kemajuan holistik yang berdaya tahan, seiring dengan peredaran zaman. Namun masih lagi menerapkan pentingnya pendidikan berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

 

Persembahan ini menjadi simbol semangat di bawah pimpinan raja yang berwibawa dalam mempertahankan bangsa, demi kesejahteraan dan ketahanan nasional.

 

Dengan menurunkan seramai 464 anggota, Persembahan Tatu dari anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) itu, menggambarkan transisi pencapaian pemacu pemodenan NBD, seiring dengan peredaran masa.

 

Persembahan juga menyaksikan gabungan pancaragam ABDB seramai 90 anggota yang terdiri daripada Gabungan Pancaragam ABDB Serunai dan Tambur yang mendendangkan lagu 'Pahlawan Bangsaku'.

 

Lebih memukau para penonton yang hadir ialah pertunjukan turun tali dari SKUADRON 23, Tentera Udara Diraja Brunei di menara hadapan kiri dan kanan, yang membawa bendera Negara Brunei Darussalam dengan diiringi smoke berwarna oren.

 

Sementara itu, Persembahan Kawad Senyap dan Tepat (Silent Parade Drill Squad - SPDS) dari seramai 100 anggota Tentera Darat Diraja Brunei, membentuk Peta Negara Brunei Darussalam, yang mengandungi Daerah Brunei dan Muara, (DBM) Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong.

 

Turut menyertai persembahan ialah seramai 200 anggota ABDB dari unit Angkatan Tentera dan 50 jurulatih jasmani dari ABDB yang membentuk corak rumah Kampong Ayer, yang merupakan dan melambangkan perkampungan dan pusat pentadbiran Kerajaan Terawal di atas permukaan air, dan masih dikekalkan sehingga kini. Struktur pembangunan dinaik taraf bagi keselesaan penduduk-penduduk kampung air.

 

Gabungan pancaragam ABDB yang mendendangkan lagu '1984/Kampung Air' juga membuat corak '1984', manakala pembentukan corak padian adalah merupakan pedagang-pedagang penduduk Kampong Ayer yang menggunakan gubang sebagai alat perhubungan dari kampung ke kampung, dan dipelopori oleh golongan wanita sebagai salah satu kegiatan sosioekonomi pada masa dahulu, selain pekerjaan sebagai nelayan dan tukang besi.

 

Seterusnya, pembentukan corak 'Nodding Donkey' adalah struktur pemodenan sebagai lambang dan bukti detik bersejarah penemuan minyak pada tahun 1929, yang telah menjadi sumber utama Brunei yang masih dinikmati sehingga kini, diikuti dengan pembentukan corak Masjid melambangkan agama Islam berlandaskan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi pegangan teras NBD.

 

Persembahan seterusnya menyaksikan Pancaragam ABDB mendendangkan lagu 'Maju Negaraku', dan pembentukan corak Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS) yang mana pembinaan infrastruktur Jambatan SHOAS mempamerkan kasih dan pemedulian seorang pemimpin kepada rakyat dalam menghubungkan Daerah Temburong dan DBM, serta memajukan sosioekonomi.

 

Semasa pancaragam ABDB mendendangkan lagu 'Brunei Bumi Bertuah', anggota ABDB pula membuat pergerakan hentak kaki dan perbuatan hormat kepada Bendera NBD yang dinaikkan.

 

Anggota ABDB yang berteraskan setia, takwa, berani dan profesionalisme, dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menegakkan perlembagaan dan falsafah MIB.

 

Persembahan turut dimeriahkan dengan penerjunan Hari Kebangsaan Ke-40 tahun yang diketuai oleh 717 Mejar Moza Syaffiarizal dari Regimen Pasukan Khas, diikuti oleh 13955 PW1 Mohamad Sukry bin Gurie, 16027 PW2 (U) Pengiran Muhd. Aqim bin Pengiran Haji Alli, dan 16588 PW2 (U) Md. Hafizal bin Haji. Wahab.

 

Sementara itu, persembahan tema iaitu 'Bersatu Mencapai Cita Negara' dijayakan oleh 4,400 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah, dan maktab-maktab kerajaan dan swasta, PPDB, Pelatih PKBN, Ketua Pasukan Perbarisan, dengan sokongan Human Led, pasukan koir dan pemain orkestra, yang turut disertai oleh Pancaragam PPDB, ABDB, Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kadet Polis, Bahagian Kebudayaan, Radio Televisyen Brunei, dan sekolah-sekolah menengah.

 

Sebuah persembahan meraikan kejayaan 40 tahun kemerdekaan NBD diserikan dengan lagu 'Amanah Merdeka', selaku generasi pewaris yang berperanan dan bertanggungjawab dalam menjunjung titah dan memikul amanah negara.

 

Setelah itu, gemaan lagu tema 'Bersatu Mencapai Cita Negara', dengan persembahan pembentukan logo Hari Kebangsaan Ke-40, Tahun 2024, yang berasaskan dastar dan keris, lambang kemegahan, ketuanan dan kedaulatan bangsa.

 

Senjata ikonik ini menjadi tanda kebesaran pemerintahan beraja, serta memaparkan kesetiaan dan kesungguhan orang Brunei menyahut kepimpinan luhur Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang memancarkan semangat padu mencapai Wawasan 2035 dan ke arah Negara Zikir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41