FacebookInstagramTwitterContact

 

Israeli Minister Attacks Netanyahu Over Gaza Future           >>           Slovak PM Robert Fico Fights For Life After Assassination Attempt           >>           The Oval Office Meeting Pivotal To New York's Case Against Trump           >>           Why South Africa's Health Insurance Is Causing Ructions           >>           China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?           >>           Brown Rice Is A Nutrient-Dense Food That Can Lower Cholesterol Levels And Prevent The Formation Of Blood Clots           >>           Ginger And Rosemary Oil Found To Lower Cholesterol Levels           >>           New Research Finds That Higher Levels Of Vitamin D Are Linked To Better Exercise Capacity           >>           Camille Kostek And Rob Gronkowski Privately Broke Up And Got Back Together           >>           Sophie Turner And Joe Jonas' Youngest Daughter's Name Revealed           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Kesihatan Adakan Sambutan Israk, Mikraj


Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 February 21st, 2024  |  08:46 AM  |   376 views

BERAKAS

 

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja satu cerita ataupun sejarah yang hanya dibaca dan didengar, malah ia adalah untuk kita ambil iktibar dan teladan daripadanya agar jiwa umat Islam semakin mantap dan akan dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

 

Mukjizat Israk dan Mikraj serta peristiwa-peristiwa kebesaran Islam yang disambut pada setiap tahun adalah sebagai meningkatkan kecintaan kita terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Demikian antara isi inti pati ceramah bertajuk, 'Prayers Beyond The Motions' yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayang Siti Hanisah binti Haji Othman selaku penceramah undangan pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Hijrah bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi bagi Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di dalamnya bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

 

Dalam ceramah tersebut, Dayang Siti Hanisah juga turut menyentuh untuk  melatih diri agar sentiasa rasa bersyukur terhadap Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Mu'minun (ayat 1 hingga ayat 11) oleh johan qari Peringkat Antarabangsa Negara Brunei Darussalam, Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki.

 

Majlis ditutup dengan bacaan Doa Selamat oleh Guru Ugama Terlatih, Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Haji Mohd. Emmarul bin Haji Azamain.

 

Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abd. Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr. Haji Khalifah bin Pengiran Haji Md. Ismail, ketua-ketua jabatan, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

Majlis Sambutan Israk Mikraj pada tahun ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Farmasi dan Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34