FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Kelancaran Sambutan Hari Kebangsaan


Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 


 February 21st, 2024  |  08:33 AM  |   211 views

BERAKAS

 

Acara Kemuncak Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 akan diadakan pada Sabtu, 14 Syaaban 1445 bersamaan 24 Februari 2024 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas bermula jam 9.00 pagi.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam akan berkenan berangkat bercemar duli ke upacara tersebut nanti.

 

Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan kali ini akan melibat kira-kira 25,000 peserta dalam kalangan penuntut dan warga Perkhidmatan Awam yang menyertai dalam Acara Perbarisan dan Persembahan Padang.

 

Sehubungan itu, latihan-latihan bagi acara kemuncak berkenaan giat diadakan di mana latihan (dry run) bagi memastikan kelancaran upacara berkenaan telah diadakan pagi tadi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

Semangat patriotisme yang tinggi daripada setiap peserta yang terlibat jelas dilihat apabila mereka mulai hadir memenuhi kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah seawal jam 6.00 pagi lagi.

 

Manakala bagi melancarkan perjalanan kenderaan keluar masuk ke kawasan stadium berkenaan, beberapa batang jalan juga dikawal selia oleh anggota daripada Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Hadir menyaksikan latihan penuh berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad.

 

Juga hadir Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024.

 

Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40 akan mengetengahkan Acara Perbarisan Lalu  yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan 'A' terdiri daripada Kepala Perbarisan, iaitu Pembawa Bendera Besar, Kumpulan Pembaca Ikrar dan Takbir dan Pembawa Bendera Negara dan Logo, Pasukan Beruniform, Pasukan Kadet, Persatuan Beruniform dan Sektor Awam manakala Kumpulan 'B' terdiri daripada Sektor Pendidikan, Persatuan dan Syarikat Swasta.

 

Bagi persembahan pula, akan melibatkan tiga persembahan: Persembahan Pertama bertemakan : 'Cita Bangsa Sejarah Terukir'; Persembahan Kedua : 'Bersatu Mempertahankan Bangsa' dan Persembahan Ketiga : 'Bersatu Mencapai Cita Negara'.

 

Sementara itu, lebih kurang 8,000 tempat duduk juga tersedia untuk orang ramai yang ingin menyaksikan upacara tersebut secara langsung di mana satu aplikasi atas talian iaitu aplikasi 'web' Tiket Kitani telah diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai menempah tempat duduk mengikut zon, pagar dan seksyen semasa Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-40 Negara Brunei Darussalam.

 

Orang ramai yang akan menghadiri Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-40, Tahun 2024 nanti diingatkan untuk memakai pakaian kemas dan sopan.

 

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menempah tiket masuk pula boleh mengikuti upacara tersebut melalui kaca-kaca televisyen di rumah masing-masing yang mana ia akan disiarkan secara langsung melalui Radio dan Televisyen Brunei (RTB). Latihan penuh ini akan diteruskan lagi esok, 21 Februari dan lusa, 22 Februari 2024.

 

Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024, ialah 'Bersatu Mencapai Cita Negara'. Tema ini mengingatkan betapa pentingnya kerjasama dengan Pendekatan Seluruh Negara (Whole of Nation Approach) untuk kemajuan negara dan keselamatan dunia dan akhirat. Kemerdekaan dan kedaulatan Negara Melayu Islam Beraja, insyaaAllah, akan sentiasa terpelihara.

 


 

Source:

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04