Home > Bahasa Melayu
UNISSA Adakan Majlis Pembubaran, Pelantikan JKEPA Baharu
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
February 21st, 2024 | 08:25 AM | 213 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) dan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni UNISSA (JKEPA) mengadakan Majlis Pembubaran Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Sesi 2021 / 2023 dan Pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Sesi 2023 / 2025 bertempat di The Capital Residence Suites, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal. Majlis Pembubaran dan Pelantikan JKEPA UNISSA tersebut merupakan acara rasmi UNISSA yang diadakan sekali dalam dua tahun.
Terlebih dahulu majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA, Awang Muhammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit. Selanjutnya, acara diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua (YDP), JKEPA UNISSA Sesi 2023 / 2025, Dr. Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin.
Pengisian majlis adalah penyampaian sijil penghargaan daripada tetamu kehormat majlis kepada Mantan Ahli JKEPA UNISSA Sesi 2021 / 2023 dan sijil pelantikan kepada ahli jawatankuasa yang baharu bagi Sesi 2023 / 2025.
Adalah diharapkan JKEPA yang baharu ini akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah dan komited berbakti untuk agama, bangsa, negara dan kepada UNISSA.
Source:
by Universiti Islam Sultan Sharif Ali
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]