FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Tanai Tanggungjawab Dengan Amanah, Integriti


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 January 28th, 2024  |  08:24 AM  |   226 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Setiap warga Mahkamah Syariah akan terus berusaha dan memastikan adanya semangat dan azam baharu yang berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya dalam mendukung hasrat dan harapan kerajaan khususnya harapan organisasi Mahkamah Syariah itu sendiri untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan nama Mahkamah Syariah dalam menegakkan keadilan dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan integriti dalam semua aspek.

 

Ketua Hakim Syar'ie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar menekankan perkara demikian pada Majlis Perhimpunan Tahunan Mahkamah-mahkamah Syariah bagi tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi yang diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah, di sini.

 

Tegas Yang Amat Arif / Yang Berhormat lagi, kita hendaklah menanamkan dan membuat azam untuk lebih berkualiti dalam menghasilkan pekerjaan, baik dari segi Key Performance Indicators (KPI) mahupun mutu perkhidmatan untuk mengamalkan prinsip al-itqan.

 

Malah tambah Yang Amat Arif / Yang Berhormat lagi, Islam menggalakkan umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

 

Justeru, Yang Amat Arif / Yang Berhormat menekankan perkara berkenaan bagi perkhidmatan kaunter, iaitu yang berhadapan dengan orang ramai, hendaklah bersikap membantu, memberi panduan dengan cara yang betul, mengelakkan pelanggan daripada datang berulang-alik untuk melakukan apa-apa urusan dan bukanlah dengan menunjukkan kuasa dan keangkuhan.

 

"Dalam memberikan perkhidmatan juga, haruslah ada perasaan timbang rasa dan sikap untuk memberikan bantuan serta dalam memberikan apa-apa perkhidmatan janganlah adanya sikap mengambil kesempatan dengan mendapatkan ganjaran atau upah dari orang yang diberikan perkhidmatan kerana kita berkhidmat di sektor kerajaan telah diberikan gaji mahupun elaun mengikut terma kita semasa diambil untuk berkhidmat.

 

"Masalah kecukupan rezeki kita itu adalah jangan dijadikan alasan untuk kita membuat penyelewengan atau salah guna kuasa.

 

"Ingatlah bahawa rezeki kita selain apa yang kita usahakan adalah juga termasuk di dalam ketetapan Allah Subhanahu Wata'ala," ujar Yang Amat Arif / Yang Berhormat lagi.

 

Oleh itu, Yang Amat Arif / Yang Berhormat mengungkapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Mahkamah Syariah di setiap peringkat atas perkhidmatan yang telah disumbangkan pada 2023, terutama kerjasama yang padu dalam melaksanakan apa juga kegiatan dan projek walaupun pencapaiannya belum dapat ke tahap yang benar-benar cemerlang.

 

Lantaran itu jelas Yang Amat Arif / Yang Berhormat, adalah diharapkan usaha dan komitmen pada tahun ini hendaknya akan dapat dipertingkatkan demi kejayaan dan keberkesanan organisasi Mahkamah Syariah khususnya.

 

Dalam masa yang sama, Yang Amat Arif / Yang Berhormat mengharapkan tahun 2024 ini akan memberikan lebih banyak pengalaman yang bermanfaat yang dapat dijadikan sebagai panduan yang berguna kepada kita bagi menghadapi sebarang cabaran yang akan kita hadapi dan seterusnya membuahkan hasil, kejayaan dan pencapaian yang diharapkan pada tahun ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41