FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Lelaki Tempatan Dipenjara Atas Kesalahan Curi


 


 January 11th, 2024  |  09:56 AM  |   777 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap seorang lelaki tempatan atas kesalahan mencuri.

 

Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nazrul Azmi bin Mohd Nuruddin (D2), berusia 19 tahun yang mengakui semua pertuduhan terhadapnya.

 

Timbalan Pendakwa, Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam mendedahkan bahawa D2 telah mencuri satu penghawa dingin dari Blok 379 A8, Berek Lorong Tiga Selatan Seria, Kuala Belait. Mahkamah memerintahkan agar defendan menjalani hukuman penjara bermula pada 6 Januari 2024.

 

Mengikut fakta D2 dan orang 'A' berada di sekitar di Berek Lorong Tiga Selatan Seria, Kuala Belait untuk bertemu seseorang yang bernama Tarmiza. Tarmiza meminta D2 untuk mencarikan penghawa dingin dan berjanji akan membayarnya BND30, namun jika D2 berjaya mendapatkan penghawa dingin bersama orang 'A', beliau akan membayar sebanyak BND40.

 

Dengan yang demikian, D2 dan orang 'A', kedua-duanya kemudian dengan niat bersama untuk melakukan pencurian. Bagi meneruskan hasrat bersama, D2 dan orang 'A' terus pergi ke kawasan berek berhampiran Berek Lorong Tiga Selatan Seria, Kuala Belait. Di sana, kedua-duanya memasuki berek tersebut dan mencuri sebuah penghawa dingin jenis tingkap.

 

Selepas itu, orang 'A' keluar dari berek tersebut dan membantu D2 membawa penghawa dingin tersebut ke rumah Tarmiza. Kemudian Tarmiza membayar kedua-duanya BND40 seperti yang dijanjikan. Pada 2 Januari 2024, satu laporan polis mengenai kehilangan penghawa dingin telah dilaporkan oleh pengadu.

 

Siasatan polis membawa kepada penahanan D2 dan orang 'A'. Kedua-dua D2 dan orang 'A' mengaku melakukan kesalahan di atas. Penghawa dingin jenis tingkap yang dicuri tersebut telah ditemui semula dan dikenal pasti secara positif oleh pihak Pengadu. Dalam rekod D2 tidak mempunyai sabitan jenayah sebelum ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41