Home > In The Court
Miliki Barang Tegahan : Lelaki Warga Asing Didenda
January 11th, 2024 | 09:53 AM | 386 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman denda sebanyak BND8,400 atau lapan bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda berkenaan terhadap seorang lelaki warganegara Indonesia.
Majistret Fatin Fikriyah binti Haji Rosli, memutuskan hukuman terbabit selepas Sugianto yang berusia 36 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, defendan didakwa atas kesalahan kerana memiliki 12 karton rokok pelbagai jenis tanpa permit dan kebenaran yang sah yang ditemui di sebuah Rumah Sewa di Kampung Delima Satu.
Sementara semua barang yang terlibat, iaitu rokok juga dihukum rampas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan. Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja menjalankan tangkapan terhadap defendan pada 8 Januari 2024, jam 5.06 petang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]